SAFUAN BORHAN

Most en·gag·ing Internet Marketer In Malaysia

  • HOME

Tunjukkan Penghargaan Anda Pada Si Dia

April 14, 2016 by Safuan Borhan Leave a Comment

“Wowww!!! Bestnya dapat hadiah.. Rasa dihargai pulak rasanya. Tak menyesal order. Customer service kat sini memang tip top lar.. kena viralkan ni”.

Teruja bukan sekiranya kita mendapat hadiah atau kata-kata yang manis macam madu dari penjual bukan. Yelah, semua orang suka dihargai kan..

Dia??

Siapa si Dia?? Tertanya-tanya bukan.

P.E.L.A.N.G.G.A.N

Kenapa???

Pelanggan yang menentukan keuntungan syarikat. Sebab yang membeli produk atau jualan anda adalah pelanggan. Jika pelanggan tidak berminat untuk beri duit mereka pada anda, bagaimana nak dapat repeat order bukan??

Oleh itu, sangat penting untuk anda hargai pelanggan anda.

Disini saya akan kongsikan 5 tips mudah untuk anda tunjukkan penghargaan anda kepada pelanggan anda.

1. Greeting Card

Anda boleh menghantar greeting card pada pelanggan anda. Greeting card yang  simple saja sudah memadai sebagai tanda ingatan menghargai pelanggan anda

il_fullxfull.345968805

2. Hadiah

Hadiah itu tak semestinya mahal. Cukup sebagai tanda terima kasih anda untuk pelanggan anda yang setia dengan pembelian produk  dari syarikat anda.

Sebab..

Dari psikologi, apabila kita memberi hadiah pada seseorang, secara automatik orang itu akan memberikan respon kembali pada anda sebagai tanda menghargai pemberian dari anda dan kemungkinan besar pelanggan juga akan ingat pada syarikat anda.

3. Majlis

Bagi syarikat yang berkemampuan, anda boleh adakan majlis apresiasi khas untuk pelanggan anda. Rasanya kalau adakan jamuan santai bersama pelanggan pun sudah memadai.

Mungkin pada hari kejadian anda boleh memberi lagi diskaun atau promosi pada pelanggan anda.

4. Informasi

Anda juga boleh menghargai pelanggan anda dengan memberi panduan-panduan yang berguna untuk mereka  seperti ebooks, report.workbook, video atau apa sahaja jenis informasi yang yang boleh dijadikan sebagai hadiah untuk pelanggan anda.

Hadiah berbentuk ilmiah pada pelanggan juga adalah sangat bernas kerana secara tak langsung pelanggan dapat menambahkan informasi mereka.

5. Nama

Dengan mengingati nama pelanggan juga adalah salah satu tanda anda menghargai mereka. Sebab bukan mudah nak mengingati nama pelanggan melainkan pelangan itu adalah sangat setia dengan anda. Kalau orang ingat nama anda , anda pun mesti kita suka kan. Begitu juga dengan pelanggan anda.

hello customer copy

Jom mulakan dari sekarang, tidak rugi pun.. “Apresiasi pelanggan anda”.

 

P/S: Tertarik dengan tips ni tapi tak cukup? Nak lagi tips? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.

(Visited 226 times, 1 visits today)

Filed Under: Uncategorized

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Artikel Popular Safuan Borhan

  • 4 Teknik Pemasaran Offline Mudah
  • 5 Cara Kreatif Menghargai Pelanggan Anda
  • 5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek
  • 4 Cara Menghargai Pekerja Anda
  • 5 Langkah Menghasilkan Copywriting Berkesan

Copyright © 2025 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in