SAFUAN BORHAN

Most en·gag·ing Internet Marketer In Malaysia

  • HOME

Tokoh: Tan Sri Syed Mokhtar dan Bill Gates

April 6, 2016 by Safuan Borhan Leave a Comment

Dua orang tokoh perniagaan yang berbeza dari latar pendidikan dan perniagaan, namun tetap ada persamaan.

1-Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar adalah seorang yang bukan berpendidikan tinggi. Peringkat pendidikan beliau hanyalah sekadar SPM iaitu Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau telah menamatkan pengajian di Sekolah Saint Michael’s yang terletak di Alor Setar. Namun jiwa yang besar dalam bidang perniagaan telah membawa kejayaan kepada beliau sehingga hari ini. Kebanyakan ilmu keusahwanan yang beliau pelajari adalah berdasarkan dari pengalaman.

Berbanding dengan usahawan dari barat ini, Bill Gates mendapat pendidikan yang sempurna dimana beliau berjaya menjejakkan kaki sehingga ke menara gading. Beliau telah meneruskan pelajaran dalam bidang perundangan atas faktor keluarga di Universiti Harvard. Namun begitu, Bill Gates tidak memberi keputusan yang memberangsangkan dalam bidnag perundangan dimana beliau lebih tegar kepada perisian komputer.

9367125652_ee97fa3de6_b

2-Perniagaan

Tan Sri Syed Mokhtar seorang yang bersemangat tinggi  dan aktif dalam bidang perniagaan dimana beliau menceburkan diri dalam pelbagai jenis peniagaan. Anatara perniagaan yang pernah dijalankan oleh beliau ialah komoditi beras iaitu BERNAS, gula, perniagaan pakaian berjenama Crocodile, Lee Coopers dan Lois, perniagaan perkapalan namun tidak mendapat keuntungan, perniagaan hartanah, perniagaan penswastaan seperti elektrik dan pengedaran buku yang sangat terkenal iaitu MPH.

Manakala Bill Gates hanya menumpukan satu bidang sahaja dalam perniagaan  beliau iaitu dalam bidang perisian komputer. Bermula daripada minat, beliau menjadikan minat sebagai cita-cita. Pada hari ini, siapa yang tidak tahu pada Microsoft atau Window. Dimana beliau memberi tumpuan satu benda yang diperlukan oleh umat mansia pada hari ini! Hasilnya beliau menjadi jutawan yang terkenal di dunia.

Success-Quotes-Bill-Gates

3-Yayasan

Walaupun tidak mendapat pendidikan tinggi, Tan Sri Syed Mokhtar amat menitiberatkan dalam bidang pendidikan. Beliau  telah menubuhkan yayasan al-Bukhary dimana yayasan ini memberi sumbangan yan besar dalam bidang pendidikan seperti sumbangan kepada Oxford Centre for Islamic  Studies. Yayasan ini juga membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju. Walaupun Yayasan al-Bukahri lebih menonjol kepada kebajikan bercirikan Islam namun beliau tetap menyumbangkan dana kepada organisasi bukan Islam dimana menyokongg projek yang dilakukan iaitu projek pendidikan luar bandar dan juga biasiswa kepada para pelajar yang tidak mampu.

photo

Yayasan Bill and Melinda Gates Foundation adalah salah satu yayasan swasta terbesar di Amerika Syarikat. Yayasan ini ditubuhkan untuk membantu masyarakat dari aspek menigkatkan kesihatan, mengurangkan kemiskinan dan juga pendidikan. Yayasan ini memberi tumpuan pada kesihatan dan pendidikan kerana Bill Gates berpendapat kesihatan dan pendidikan adalah bergantung antara satu sama lain dalam kehidupan seharian.

download

Kesimpulannya ialah kedua-dua tokoh ini berjaya dalam bidang perniagaan yang mereka ceburi. Jika  melihat skop pendidikan, mereka tidaklah seorang Doktor Falsafah. Yang penting ialah minat yang mendalam dalam bidang yang diceburi. Kedua pemurah. Dimana kedua-dua tokoh ini telah membuka yayasan untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan.

Jom kita renungkan bait lirik  ini ost filem Munafik.

“Orang kita ha kata nak senang kena banyak simpan duit
Tapi Islam kata nak senang kena banyak keluarkan duit”

p/s: Jom follow channel Telegram Safuan Borhan di SINI untuk terus belajar tentang bisnes dan pemasaran.

 

(Visited 719 times, 1 visits today)

Filed Under: Uncategorized

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Artikel Popular Safuan Borhan

  • 4 Teknik Pemasaran Offline Mudah
  • 5 Cara Kreatif Menghargai Pelanggan Anda
  • 5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek
  • 5 Langkah Menghasilkan Copywriting Berkesan
  • 4 Cara Menghargai Pekerja Anda

Copyright © 2023 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in