Saya berkunjung ke panggung wayang beberapa minggu lepas. Sedang kami menanti wayang bermula, seperti biasa para pelanggan terpaksa menonton iklan terlebih dahulu.
Di akhir siri iklan tersebut, muncul satu pengumuman penting: “Pihak pengurusan amat menyesali untuk mengumumkan bahawa kami tidak dapat menjamin keselamatan barang berharga anda dan diharap ia tidak diletakkan di tempat yang sukar untuk anda lihat.”
Terdiam saya seketika cuba menghadam apa yang ingin disampaikan dalam pengumuman itu. Wah, rumit benar kata-kata mereka. Saya terfikir sendirian, kenapa terlalu tinggi dan tersirat benar kata-kata yang mereka gunakan untuk menyampaikan mesej penting kepada pelanggan. Bukankah lebih mudah dan ringkas jika mereka katakan, “Sila simpan barang berharga anda dengan selamat, jangan letakkan ia di atas lantai.”
Situasi yang sama juga sering saya lihat dalam kalangan para peniaga di facebook terutamanya. Ayat jualan yang dihasilkan terlalu rumit bahasanya. Kalah bahasa A. Samad Said (ok, ini hype sangat). Kurang pasti apakah motif sebenar mereka. Mahu memberitahu yang mereka itu handal menulis barangkali.
Tidak perlu begitu.
Ini saya berikan sedikit tips menulis ayat jualan (copywriting).

1- Bayangkan anda sedang bercakap dengan seorang teman rapat tentang suatu produk. Bagaimana anda bercakap dengannya, begitulah anda tulis di atas kertas (atau di dalam komputer).
2- Tulis ayat anda secara jelas dan mudah difahamai.
3- Jangan terlalu panjang ayat itu. Biar ia pendek dan padat. Tetapi, jangan pula terlalu pendek sehingga mesej tidak tersampai kepada pembaca.
4- Gunakan ayat aktif, bukan ayat pasif.
5- Tidak perlu menggunakan perkatan yang super bombastik. Guna sahaja perkataan yang sesiapa sahaja boleh fahami apabila membacanya. Tujuan utama kita adalah supaya pembaca faham mesej yang cuba kita sampaikan. Bukan hendak menunjuk yang kita bijak berbahasa.
6- Fahami bahasa pelanggan dan gunakan bahasa mereka semula sewaktu menulis ayat jualan. Gunakan perkataan yang sering digunakan oleh pelanggan.
7- Gunakann bullet point kerana ia sangat berkuasa untuk menonjolkan deskripsi produk.
Itulah 7 tips menulis ayat jualan yang saya anggap antara yang penting perlu anda titik beratkan sewaktu menulis ayat jualan.
Tak berat kan tips yang saya berikan ini? Jangan baca sahaja, tetapi amalkanlah tips ini.
Sebenarnya, menulis copywriting tidak lah sesusah mana. Anda cuma perlu faham dan kenal pelanggan sahaja. Kemudian, banyakkan berlatih menulis. Itulah kunci menjadi seorang copywriter yang baik.
Nota: Untuk dapatkan lebih banyak tips penulisan copywriting, anda boleh dapatkan ia di channel Telegram Safuan Borhan. Sila Klik SINI untuk ke channel tersebut.
Baik Sifu 🙂
Btw, gambar tu macam kenal jer amik dari mana…
Tips yg sgt ku ‘I like’ kan.
Terima kasih, sifu….
thank sifu