Apa itu “Benchmarking”?
Benchmarking adalah proses membandingkan prestasi proses perniagaan termasuk kos, kitaran masa, produktiviti atau kualiti yang lain secara meluas dan dianggap sebagai “penanda aras” standard dalam industri atau amalan terbaik dalam perniagaan.
Secara asasnya, benchmark menetapkan standard kepada prestasi perniagaan dan ia membantu kita memahami di mana kita berada dalam keadaan standard yang tertentu.
Pada pemahaman yang lain pula, benchmarking boleh diertikan sebagai kaedah sistematik untuk mengenalpasti, memahami, dan secara kreatif mengembangkan proses, produk, perkhidmatan dengan tujuan bagi meningkatkan lagi prestasi syarikat .
Dengan adanya benchmark dalam perniagaan yang kita jalankan, kita boleh memperluasakan lagi wawasan kita dimana kita akan belajar dari orang lain yang sudah terbukti berjaya.
Benchmarking sebenarnya akan mendorong kita untuk melihat lebih jauh apa yang telah dilakukan oleh pesaing kita sehingga mereka berjaya, di mana mereka mungkin melakukannya dengan lebih baik dan terbukti memberikan kualiti hasil atau keluaran yang lebih baik .
Kepentingan benchmarking dalam perniagaan
Benchmarking ini juga dapat membantu kita untuk mendapatkan jalan pintas untuk mencapai matlamat (target), bukan dengan cara meniru bulat-bulat, tapi diolah semula dengan penambahbaikan daripada kita. Maka, banyak perkara dapat dijimatkan.
Selain itu, kita dapat memendekkan proses pembelajaran (learning process), mengurangkan kebarangkalian untuk gagal kerana boleh belajar dari kegagalan dan kesalahan orang lain .
Dalam erti kata lain, benchmark adalah suatu proses untuk membandingkan satu syarikat dengan syarikat lain sehingga kita memperoleh maklumat dan data mengenai syarikat tersebut.
Dari situ kita dapat lihat kelebihan dan kekurangan daripada setiap syarikat yang kita bandingkan. Dengan demikian kita akan dapat gambaran strategi perniagaan yang bakal kita laksanakan.
Untuk mengetahui sejauh mana kejayaan dan keberhasilan pelaksanaan benchmarking, kita dapat menilai berdasarkan indikator dibawah ini:
- Komitmen yang aktif untuk mencapai bencmarking dari segi pengurusan
- Pemahaman yang jelas dan komprehensif bagaimana kerja dilakukan sebagai asas perbandingan terhadap amalan yang terbaik.
- Keinginan untuk berubah dan menyesuaikan diri berdasarkan penemuan benchmarking
- Kesedaran bahawa persaingan sentiasa berubah dan perlu didahului
- Keinginan untuk berubah dan perlu didahului
- Keinginan kongsi maklumat dengan rakan benchmark
- Usaha yang berterusan
P/S: Suka dengan artikel ini? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply