Ada sesiapa berani tak nak jual produk dengan harga “kaw-kaw mahal”? Realitinya, ramai usahawan yang kurang percaya pada diri untuk menjual produk yang mahal.
Jadi untuk menangani masalah ini, kita perlu mengambil pendekatan berani untuk menjual produk yang “kaw-kaw mahal” kepada pelanggan kita.
Antara beberapa yang perlu kita ambil perhatian adalah:
1.Tawarkan item tambahan
Bagi mereka yang menjual produk yang mahal berikanlah tawaran yang relevan untuk pelanggan yang beli produk-produk mahal dari kita supaya dapat menambahkan nilai manfaat untuk mereka.
Sebagai contoh, jika kita menjual handphone yang mahal, maka berikanlah barang percuma seperti cover handphone, pouch bag handphone, atau screen protector atau item-item yang memberikan manfaat kepada pelanggan.
2. Produk yang memberi penyelesaian kepada mereka.
Bagi orang yang jarang membeli, namun, jika mereka menemui sesuatu barang yang boleh menyelesaikan masalah mereka, percayalah, semahal mana pun barang itu, mereka akan tetap berusaha untuk membelinya. Sebab itulah tugas kita bukan menjual produk, tetapi menjual penyelesaian masalah.
Tugas kita adalah untuk mencari dan ambil tahu apa yang diperlukan oleh mereka dan jelaskan bagaimana produk kita dapat memberi manfat dan segera menyelesaikan masalah mereka.
Dengan itu, mudah untuk mereka beri duit mereka pada kita. Tak perlu fokus untuk membuat produk yang luar biasa sangat, melainkan produk yang kita hasilkan adalah produk yang memberi manfaat dan kepuasan kepada mereka sehingga mereka rasakan berbaloi-baloi untuk beli walaupun MAHAL!
3. Gunakan kedudukan harga yang tepat dengan tawaran yang diberikan
Bayangkan kita berada dalam kedai fitness yang menawarkan pelbagai mesin kesihatan untuk dilakukan di dalam rumah.
Sebagai contoh produk A berharga Rm9000 dengan memiliki ciri pemantau degupan jantung, LCD TV dengan pelbagai macam permainan di dalamnya dan beberapa ciri yang lain.
Manakala produk B merupakan mesin fitness yang lebih ringan, mempunyai pemantau degupan jantung dan beberapa ciri lain dengan harga Rm5000.
Kemungkinannya adalah pelanggan akan membeli alat fitness yang kedua iaitu produk B .
Oleh itu, kita mestilah mencipta tawaran yang sangat premium dan menjualnya dengan harga premium dalam perniagaan . Hal ini akan mewujudkan sebuah keadaan psikologi untuk menggalakkan produk yang ingin kita jual. Barulah pengguna akan rasa berbaloi untuk membeli produk yang mahal.
4. Bersikap terbuka kepada prospek
Selalulah open-minded terhadap prospek kita dan jangan pernah menganggap bahawa prospek tidak akan menghabiskan wang mereka pada perkara yang mereka suka.
Bahkan orang yang kedekut pun boleh keluarkan wang untuk membeli perkara yang dia suka yang mana boleh menyenangkan diri mereka sendiri.
Kesimpulannya, sama ada kita berani sahut cabaran ataupun tidak. yang penting percaya pada diri kita!
P/S: Suka dengan artikel ini? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply