Sejak kebelakangan ini, media sosial adalah aktiviti yang mendominasi internet tidak kira dalam apa jua urusan sama ada hubungan, jual beli, movie, music dan sebagainya. Tanpa kita sedar, rezeki juga datang melalui penggunaan media di mana ia membuka peluang untuk kita menjalankan bisnes kecil dengan membina hubungan strategi dan mensasarkan sesebuah market secara spesifik.
Oleh itu, amat penting untuk kita mengambil manfaat sebaik mungkin dari aktiviti laman sosial dan kali ini kita akan membahaskan tentang 3C.
Apa itu 3C?
Jom kita baca apa itu 3C.
1. C.O.M.M.U.N.I.T.Y
”C” yang pertama ialah community.
Antara ‘C’ yang pertama ialah memperluaskan community dalam laman sosial. Laman sosial adalah antara media hubungan yang sangat pantas dalam komunikasi. Ini merupakan satu keuntungan bagi mereka yang participate dalam media sosial kerana ini adalah kesempatan bagi mereka untuk mempromosikan diri mereka sebagai influencer dan juga merupakan salah satu cara untuk melibatkan audience dan kawan-kawan kita bagi membangunkan hubungan komunikasi.
TAPI PERLU DIINGATKAN!!!
Lupakan dulu niat dan tujuan kita untuk menjual tapi jadilah orang yang memiliki interest untuk mengenali orang lain di laman sosial. Sebab kebanyakan followers dan fans kita ingin tahu mengenai diri kita dan ingin kenal serba sedikit tentang kita.
Oleh itu sangat baik, sekiranya kita mulakan sesuatu perkara dengan mencipta hubungan dahulu supaya kepercayaan dapat dibina. Oleh itu, bolehlah kita pergi ke next step iaitu promosi bisnes yang kita jalankan tapi jangan terlalu gelojoh nanti orang tak suka sebab kita berkawan dengan dia sebab nak bisnes rupanya.
Jika kita ingin berjaya dalam laman sosial, kita harus berusaha membangunkan network. Semakin kita aktifkan diri, semakin tinggi untuk diri kita untuk berjaya dan membangun di laman sosial.
Antara idea-idea yang boleh kita lakukan dengan manfaatkan laman sosial ialah:
- Melakukan posting di forum, memberikan comments di blog, berinteraksi dengan prospek baru melalui berbagai channel di laman sosial.
- Berinteraksi dengan kawan-kawan kita di Linkedin atau media sosial lainnya seperti Facebook dan Twitter.
- Melakukan “guest blogging” untuk blog lain atau membuka peluang orang lain untuk menulis di blog anda.
2. C.O.M.M.E.R.C.E
“C” yang kedua adalah commerce.
Antara nilai-nilai yang disukai oleh pelanggan kita ketika menjalankan pernigaan adalah kenal dan percaya pada pengusaha. Oleh itu, kita perlukan beberapa interaksi sebelum jualan itu benar-benar terjadi sama ada interaksi itu secara online ataupu offline.
Antara tujuan utama marketing di laman sosial adalah meningkatkan traffic ke website, mendapatkan prospek dan menciptakan jualan. Apa yang menarik dari ketiga-tiga penyataan di atas ialah kita boleh melakukan ketiga-tiga perkara ini secara santai di rumah ataupun di mana sahaja.
Untuk berjaya di laman sosial, kita harus menarik prospek dengan mempromosikan kandungan yang menarik bukan hanya mempromosi produk semata-mata yang menampakkan tujuan kita adalah untuk mensasarkan seseorang itu sebagai target jualan. Hal ini akan meneybabkan setengah orang berasa rimas.
Berikan pertanyaan ke audience dan jawablah pertanyaan tersebut. Apabila kita sudah mendapatkan kepercayaan dan penghormatan dari mereka kita akan dapat melakukan pendekatan bisnes kepada mereka, lebih baik jika saat berbicara bisnes, kita fokus pada solusi yang kita berikan pada masalah yang mereka hadapi.
3. C.O.N.T.E.N.T
“C” yang ketiga ialah content.
“C” yang ketiga ini ialah content dimana content yang baik dan bernilai mampu mempengaruhi audience. Antara cara untuk membuat content adalah melalui blog post, e-book, video dan sebagainya.
Namun begitu, tidak ada guna jika kita mempunyai laman sosial tetapi tidak ada sesuatu yang baru untuk audience atau customers datang ke sana. Sekiranya kita secara rutin membuat content yang baru, bernas dan ilmu yang baru, ini akan membuatkan orang selalu kembali ke website kita.
Binalah community untuk memperluaskan hubungan di alam maya disamping kita bijak mainkan peranan dalam memberi commerce kepada audience dengan memaparkan dan sentiasa content yang baru, bernilai dan baik.
P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply