Melibatkan diri dalam perniagaan terutamanya startup memerlukan komitmen yang besar. Tapi sebenarnya, kita tidak perlukan skil yang power untuk terjun dalam bidang ini. Jom kita baca, apa yang perlu kita lakukan sekiranya betul-betul nak terjun dalam bidang startup ini.
Bangkit dari sekarang !
Bagi mereka yang mahu membina kerjaya sebagai startup bangkitlah dari sekarang. “alaaa, study pun tak habis lagi” ataupun “nanti ajelah, pengalaman pun tak de”. Ini semua alasan.
Kalau kita benar-benar ingin menjadi seorang startup, jangan jadikan alasan sebagai penghalang kerana alasan adalah masalah yang kita ciptakan sendiri.
Sekarang ini, sudah banyak kemudahan yang disediakan bagi kita yang betul-betul berminat dengan kerjaya sebagai startup. Coaching, seminar, blog, ebook, kursus dan banyak lagi. Walaupun banyak kemudahan yang telah disediakan, semua ini kembali kepada kita semula.
Tanya pada diri kita, betul ke pilihan yang kita pilih ini, supaya tidak menyesal kemudian hari okay. Sekiranya kita benar-benar serius berdampinglah dengan sifu-sifu yang telah berjaya dalam startup ini. Ayuh bangkit dari sekarang!
Perlu skill yang power?
Seperti yang kita sebut di atas tadi, adalah sangat advantage bagi mereka yang memiliki skill. Tapi kalau nak buat startup ni mesti perlukan skill yang tahap power kan? Sama sekali adalah TIDAK!!!
Apa yang penting adalah kita, tidak pernah berhenti untuk belajar, belajar, dan belajar. Ramai orang di luar sana yang mempunyai idea-idea yang bernas tapi berapa ramai pula dari kita yang berani untuk melaksanakannya. Hanya sedikit sahaja yang berani untuk melakukannya. Sebab apa???
Ramai takut rugi..
Ramai takut kena bahan dengan masyarakat..
Ramai takut pada kegagalan..
Inilah mentaliti kita, belum cuba dah fikir macam-macam dan banyak pulak negatif dari positif. Adalah lebih baik kita mencuba daripada tidak pernah langsung!!
Susah ke nak buat?
“wah, sekejapnya kau berjaya”.. seronok bukan dengar orang puji tapi mereka tidak tahu perjalanan kita nak berjaya tu macam mana. Banyak dugaan dan kesukaran untuk berjaya. Mana ada orang sekali dan berjaya. Pasti mereka juga melalui masa-masa berliku. Melakukan eksperimen yang entah berapa kali.Apa yang penting berani.
Berani untuk melaksanakannnya..
Berani terima kegagalan..
Berani untuk cuba..
Walauapapun yang berlaku, sekiranya kita memiliki minat yang tinggi, setiap masalah yang kita hadapi pasti kita akan berfikir dengan positif.
Komuniti yang mantap
Komuniti yang mantap amat penting dalam pembangunan startup. Komuniti dikalangan pekerja itu amat penting untuk membina kepercayaan dan keyakinan bagi baru membina startup.
Perlu saling percaya dan kompeten dalam melaksanakan tugas. Oleh itu, dapat mewujudkan persefahaman yang baik serta suasana yang baik ketika bekerja. Komunikasi yang baik akan memudahkan lagi urusan kita.
Perlu modal besar ?
Kalau nak mula berniaga pastinya kita mulakan modal. Tapi basically jika kita adalah developer, kita tidak perlu pada modal yang besar dan banyak kerana kita punyai gajet sendiri seperti laptop dan handphone, skill development yang tersendiri. Oleh itu sedikit sebanyak mampu mengurangkan kos pengeluran.
Sebaik-baiknya mulakan startup dengan modal yang kecil tapi membawa pulangan yang berlipat ganda!!
Sekiranya kita betul-betul memiliki passion yang tinggi dalam bidang startup ini, apa lagi yang kita tunggu..
P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
ali says
apeke bendenye startup tu?