“Aku nak jadi partner bisnes kau boleh?” atau ” siapa patut aku pilih untuk jadi partner bisnes aku?” Ketika kita mula untuk menjalankan bisnes, banyak perkara yang perlu difikirkan dan dipertimbangkan.
Salah satunya ialah memilih partner bisnes yang tepat. Sekiranya kita bertemu dengan partner bisnes yang tepat, InsyaAllah bisnes kita akan mampu dikembangkan lagi.
Pada dasarnya, mana-mana organisasi yang baru membangun pasti akan memilih orang yang tepat dan orang yang sesuai untuk diletakkan pada sesuatu posisi.
Macam kita main game, pasti ada captain, defender, dan striker. Dengan begitu, kita akan nampak arah tuju organisasi dengan lebih jelas.
Berikut merupakan tips yang boleh kita lakukan untuk jadikan ‘dia’ sebagai partner bisnes kita.
1. Adakah kita memiliki kawan baik atau bestfriend? Kita mungkin ada kawan yang sanggup habiskan masa dan waktu bersama kita. Kebiasaannya kita pasti akan tahu perangai dan sikap mengenai kawan baik kita.
Jadi, agak mudah untuk kita bekerja dengan dia kerana kita sudah faham dengan perangai dia bukan??? Tapi untuk mencari seorang partner dalam menjalankan perniagaan tidak semudah itu.
Sekiranya kita melihat bisnes partner kita sebagai kawan baik, keadaan ini amatlah sukar sekali terutamanya apabila kita menghadapi konflik, ketidak setujuan, kompromi dan segala hal yang mungkin bakal terjadi antara kita dan partner yang tidak boleh disangkut pautkan dengan kehidupan peribadi.
Sebaik-baiknya, kita carilah partner di luar lingkup sosial. Dengan itu, kita akan memiliki latar belakang sosial yang berbeza.
2. Saat kita sibuk nak pilih partner, kita harus tahu satu perkara iaitu kita akan luangkan banyak masa dan waktu bersama partner kita.
Jika partner kita potensi untuk menyusahkan kita walaupun hanya sedikit, maka sebenarnya kita dalam masalah besar. Fikir-fikirkanlah hal ini.
Oleh itu, pilihlah partner bisnes yang kita rasa layak untuk diri kita yang mana boleh membantu kita untuk mengurangkan beban dan masalah dan bukanya yang menambahkan lagi masalah.
3. Kata orang memilih partnes bisnes ni pun macam nak bernikah kali kedua tau!
Kita mesti nak cari yang saling faham antara satu sama lain dan yang paling penting saling melengkapi iaitu saling menutupi kelemahan masing-masing barulah sempurna kan.
Point yang penting yang saya nak bawa ialah kemampuan dan saling melengkapi. Oleh itu, sangat penting untuk kita memilih pasangan yang betul-betul sesuai dengan kita di mana kita boleh memberi kepercayaan dan menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Oleh itu, amat penting untuk kita mencari kawan bisnes atau partner bisnes supaya kita dapat membina kepercayaan antara satu sama lain.
Disamping itu juga fungsi partner bisnes ini mampu untuk saling melengkapi kelemahan masing-masing dan sesuatu masalah dapat dikurangkandan bukannya semakin bertambah. Itulah guna partner bisnes.
P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply