“Boss, bagi lah diskaun sikit…?” Selalu kan kita dengar dialog ini?
Orang yang berniaga, semuanya nak cari untung, tiada siapa yang mahu rugi.
Perkara-perkara sebegini kadang-kadang turut memberi stress kepada peniaga. Kalau semua orang nak diskaun, potongan harga, special offer, berapa pula keuntungan yang peniaga akan perolehi? Belum kira modal, sewa tapak, upah orang, segala macam-macam bil dan lain-lain lagi.
Disini saya ingin kongsikan satu strategi untuk anda para peniaga di luar sana untuk mengelakkan daripada pelanggan yang meminta harga barang anda dikurangkan.
“Kenapa”? Itulah kata keramat anda sebagai peniaga
Kenapa saya perlu memberi diskaun pada anda?
Sekiranya pelanggan meminta diskaun pada produk anda, katakan ‘kenapa’ pada pelanggan anda supaya anda berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Dan jawapan itu sememangnya layak untuk anda memberikan diskaun kepada pelanggan anda.
Kenapa saya perlu memberi diskaun pada anda?
Sekiranya pelanggan anda memberi sebab kerana harga terlalu mahal dan tidak mampu milik, maka sebaik-baiknya mereka membeli di kedai yang mampu milik berdasarkan status kewangan mereka.
Kenapa saya perlu diskaun pada anda?
Tiada kualiti. Sekiranya pelanggan anda mengatakan barang yang anda jual tiada kualiti, mungkin pelanggan anda boleh ceritakan dari sudut mana yang tidak berkualiti selagi tiada komen negatif dari pelanggan anda yang lain yang senantiasa setia membeli barangan dari anda.
Kenapa saya perlu beri diskaun pada anda?
Kerana kawan. Wah, ramai orang yang saya berkawan di fb, twitter, insta dan sebagainya. Itu semua kawan saya. Sekiranya saya beri diskaun pada anda, saya juga perlu beri secara adil pada yang lain.
Bagi pendapat saya, kalau anda seorang kawan, sebaik-baiknya anda menyokong dan membantu serta mendukung bisnes kawan anda supaya dapat melonjakkan jualannya.
Tapi tidak salah sekiranya anda ingin memberi diskaun kepada insan-insan tertentu yang anda rasa layak mendapat diskaun dari anda. Semua ini bergantung pada anda.
Perhatikan bahawa anda tidak perlu mengatakan TIDAK kepada pelanggan anda yang meminta potongan harga dari anda.
Apa yang anda perlukan hanyalah persoalan semula kepada pelanggan anda ini adalah kerana mungkin mereka mempunyai sebab yang sangat baik untuk menilai produk anda.
Akhir sekali, Semua ini bergantung kepada penyesuaian anda bersama pelanggan dalam pertukaran nilai bersama.
P/S: Suka dengan tips ini? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply