Pejam celik.. pejam celik.. pejam celik dah bulan Rejab sekarang. Dah nak menuju puasa dan raya rupanya kita ni.
Pantas sungguh masa berlalu dan makin banyak perkara yang berkembang pesat dan salah satunya ialah perniagaan online yang diumpamakan macam cendawan tumbuh selepas hujan.
Bila tiba musim raya, masa ni lah ramai yang nak simpan duit sebab nak beli baju raya, kuih raya, perhiasan rumah dan sebagainya.
Tapi sebenarnya, musim puasa lah paling best dan seronok untuk berniaga. Sebab ramai yang simpan duit menunggu masa-masa ini di mana mereka memerlukan keperluan di hari raya nanti.
Oleh itu, kepada peniaga, masa ni lah nak jual pelbagai produk yang ramai tercari-cari untuk digunakan musim perayaan nanti.
Antaranya ialah:
1. Fesyen
- Lelaki
- Baju raya
- Songkok
- Sampin
- Kasut
- Wanita
- Tudung
- Baju kurung
- Kerongsang / brooch
- Kasut
2. Makanan
- Kuih Raya
- Samperit
- Bahulu
- London Almond
- dan lain-lain lagi
3. Kecantikan
- Krim kecantikan muka
- Krim/sabun rawatan muka
- Lipstick
- Eyelashes
- Mekap
- Bedak
- ..dan lain-lain lagi
4. Kesihatan
- Ubat kuruskan badan
- Krim pelebat rambut
- Ubat kuat (opss…)
5. Lain-lain
- Pinggan mangkuk
- Servis baiki dan servis kereta
- Aksesori handphone
Jom buat duit raya !!!
Lihat, banyak produk dan barang-barang yang diperlukan masa musim raya. Jadi, kepada usahwan masa begini adalah masa paling baik rebut peluang untuk cari duit lebih. Juallah apa saja berkaitan RAYA, pasti ada yang beli.
Namun dalam rancak dan keasyikan kita menjual, pastikan kita jual produk yang berkualiti kepada pelanggan kita supaya mereka rasa berbaloi dengan pembelian mereka.
Masih tiada sambutan???
Kalau masih tiada sambutan yang menggalakkan,ambil inisiatif untuk perhebatkan MARKETING anda… mungkin ramai yang tak tahu..
Kalau ramai yang tak tahu kiranya marketing kita tak cukup hebat lagi. Pelbagaikan jenis iklan dari segi tulisan dan gambar serta design-design yang menarik dan terus perluaskan kuasa marketing.
Manfaatkan media sosial yang kita ada, hanya klik di hujung jari, iklan kita dapat disebarkan ke seluruh negara. Oleh itu, manfaatkan segala yang ada bagi merancakkan lagi jualan dan meningkatkan keuntungan.
Mudah kan..
Walaupun orang sangkakan jualan akan sedikit suram di musim Ramadhan ini, tetapi jangan percaya sangat. Sebab sebenarnya kita masih boleh buat sales masa bulan puasa ni.
Orang lagilah membeli di bulan Ramadhan ni!
Sambil kita tingkatkan jualan bisnes kita, jangan lupa tingkatkan juga amal ibadat kita, barulah hidup berkat. Semoga kita semua masih diberi peluang untuk menyambut Ramadhan kali ini.
P/S: Suka dengan artikel ini? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Tahun nie insyaallah tahu kedua sy berniaga pakaian utk bulan puasa..