“Makan gaji atau berniaga? ermmm,konfiusnya”
Adakah anda dalam dilema untuk memilih sama ada untuk terus bekerja makan gaji atau mula berniaga? Kalau kerja makan gaji, kena kerja ikut masa, kalau yang dapat shift malam, lagilah…
kena tahan maki hamun bos (perkara biasa), gaji pulak cukup-cukup makan je..
Kalau berniaga, masa flexible, tiada siapa nak marah sebab kita lah bos, kita lah kuli. Memang jauh bezanya kalau makan gaji dengan berniaga sendiri.
Patut lah dikatakan 90% daripada sumber rezeki adalah perniagaan. Bukan bermaksud, kalau berniaga, confirm dapat untung lebih besar daripada makan gaji.
TIDAK!!!
Ramai orang salah faham.. Akhirnya mereka gelojoh buat bisnes tanpa ilmu dan perancangan teratur. Bila tak dapat untung yang dikehendaki, mereka mula keliru dan putus asa. Tapi kalau tak berjaya bagaimana?? Haru biru jadinya..
Di sini saya akan kongsikan kebaikan dan keburukan kedua-dua pilihan ini:
1. Kebebasan
Kenapa ramai orang memilih jalan untuk berniaga? Adakah kerana kerja makan gaji itu satu pekerjaan yang hina? Adakah kerana jumlah pendapatan rendah? Jawapannya bukan kerana itu semua. Tetapi sebenarnya usahawan hanya mahukan satu perkara sahaja:
K.E.B.E.B.A.S.A.N.
Mereka bebas segala-galanya dari segi pergerakan, waktu bekerja, mengubah idea, bebas dari birokrasi jabatan, bebas bersuara, bebas mencuba sesuatu yang berisiko..
Kalau mereka bekerja makan gaji, maka secara automatik mereka akan tersekat dengan pekerjaan rasmi yang membataskan pergerakan mereka di dalam melakukan perniagaan.
2. Cuti
Bagi yang makan gaji kebiasaannya mereka di beri cuti yang terhad dalam satu tahun. Walaupun bilangan cuti mungkin dianggap memadai bagi sesetengah pekerja, masih ada yang merasakan ianya tidak cukup.
Sebaliknya pula yang memilih bekerja sendiri, anda bebas memilih bila waktu anda ingin cuti atau ingin bekerja. Tiada had yang ditetapkan, tiada halangan dan tiada siapa akan menentukan bila dan berapa lama cuti anda.
Namun cuti tetap tidak boleh diambil sewenang-wenangnya. Kalau tidak, produktiviti akan terjejas dan lingkuplah kerjaya anda!
3. Disiplin
Makan gaji lebih mengajar makna “selamat” manakala berniaga pula lebih mengajar seseorang untuk lebih berdisiplin. Disiplin akan menjadi perkara yang amat penting kerana apa sahaja yang kita lakukan, kita sendiri yang akan merasa kesannya, baik negatif ataupun positif.
4.Pendapatan
Pendapatan tetap bagi mereka yang bekerja di bawah majikan. Setiap hujung bulan atau minggu ke-4 setiap bulan, gaji akan diberikan. Kadangkala, terdapat kenaikan pangkat yang menuntut kenaikan gaji.
Pendapatan tidak menentu bagi yang berniaga iaitu gaji mengikut usaha. Naik turun keuntungan bergantung kepada kerajinan dan perancangan perniagaan.
5. Bos
Sudah pastilah kalau bekerja sendiri, kita sendiri yang akan jadi bos. Semua keputusan di tangan kita. Tak ada siapa yang kawal apa yang kita perlu buat atau apa yang kita nak buat. Lain pula dengan makan gaji, itu ini ditentukan oleh orang atasan, kita cuma menurut.
Apa pun hanya mereka yang BERANI GAGAL sahaja boleh kerja sendiri yang lain akan terus kerja makan gaji .. dapat gaji setiap bulan … tak payah pening-pening kepala walaupun tak puas hati dengan majikan.
Kepada yang nak berniaga bagus kalau ada sifu yang sentiasa jadi tempat rujuk bila ada masalah atau bertukar fikiran untuk go next level.
Cuba bagi cadangan apa Kerja Sendiri yang boleh kita buat kalau nak berhenti makan gaji?
P/S: Minat dengan pendapat ini?Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Saya skrg buka kedai runcit dan frozen. Dlm dilema nak berenti keja gov yg gaji skrg dekat 2k skl elaun. Sale kedai saya skrg purata RM1500 sehari. Saya dlm dilema nak berenti atau tak. Sy tak pasti perniagaan saya kukuh atau tidak.