“Musuh?? Ada apa dengan musuh.. siapa kata dia takde musuh??.. semua orang ade musuh dalam hidup ini.”
Musuh yang paling hebat ialah diri kita sendiri. Misalnya kalau anda mahukan perubahan, perkara pertama sekali yang anda perlu lakukan adalah mentranformasikan diri anda. Kalau tidak sampai ke sudah tidak berubah…
Ada apa dengan musuh???
Musuh ini sebenarnya ada baiknya. Sebab dengan adanya musuh baru diri kita akan tersedar segala kelemahan kita. Sebab apa??
Musuh selalu menyerang pada kelemahan kita. Bila pihak musuh tahu kelemahan kita, maka mudahlah mereka untuk menyerang kita bukan. Jadi, kadangkala, anda perlu berterima kasih pada musuh anda okay.
Dalam perniagaan, kalau bicara pasal musuh pasti banyak. Musuh dalam selimut, tikam belakang, kawan makan kawan, harapkan pegar, pegar yang makan padi. Banyak betul peribahasa atau simpulan diturunkan oleh orang dulu pada kita bukan supaya kita lebih berhati-hati dalam kehidupan kita.
Ada apa dengan musuh???
Seperti yang saya nyatakan tadi, kadang-kadang kita perlu berterima ksih pada musuh. Sebab apa??
Ini sebab-sebabnya:
1.Musuh buat anda lebih baik
Kebiasaannya dalam cerita peperangan , mush pasti kan menyerang kelemahan pihak lawan bukan. Begitu juga dalam apa jua bidang yang anda ceburi mahupun perniagaan.
Kelamahan kita adalah, kemenangan bagi pihak musuh.
Tetapi hikmah di sebaliknya ialah dengan serangan pihak musuh itu, kita sedar itu adalah kelemahan kita, maka perlunya pada penambahbaikan dan upgrade supaya tidak dapat lagi dihentam atau diserang musuh.
2.Musuh menjadikan anda lebih fokus.
Apabila anda sedar bahawa anda berada di dunia yang penuh dengan antagonis, anda akan bangkit, bangkit dan bangkit!!!
Anda akan menjadi lebih berhati-hati dan lebih waspada setiap tindakan yang anda lakukan bukan.
Secara tidak sedar, ia membuat anda lebih fokus dan terancang supaya tidak silap langkah dalam setiap tindakan yang anda lakukan.
3.Musuh menjadikan anda lebih hebat
Macam mana pulak tu??
Semakin kuat musuh menyerang dan memberi tekanan kepada anda, semakin kuat juga pertahanan yang anda bina bukan tanpa sedar.
Pastinya and ingin menunjukkan kepada musuh anda bahawa anda mampu bertahan dan berjaya kepada mereka.
Persaingan yang hebat membuatkan anda berjiwa kental dan dalam diam ingin memberitahu pada musuh anda bahawa anda mampu bertahan dengan segala tindak tanduk musuh anda.
Tanpa sedar, anda menjadi seorang yang hebat. Anda juga mampu menambahkan lagi skill-skill yang anda kurang..
Ada apa dengan musuh??
Oleh berterima kasihlah pada musuh anda. Dengan kewujudan mereka, mereka mampu memberi persaingan yang hebat dalam apa bidang yang anda ceburi.
Pada masa yang sama, anda juga dapat melihat prestasi anda sama kekal, meningkat atau sebaliknya.
Oleh itu , anda juga dapat mengetahui aspek-aspek yang kuat dan lemah dalam pasukan anda serta diri anda.
P/s: Mahu dapatkan tips bisnes dan pemasaran? Sila join channel Telegram Safuan Borhan secara PERCUMA di SINI.
Leave a Reply