SAFUAN BORHAN

Most en·gag·ing Internet Marketer In Malaysia

  • HOME

Pemimpin Disanjungi Bos Ditakuti. Anda Yang Mana Satu?

April 20, 2016 by Safuan Borhan Leave a Comment

“Ketika mana setiap pemimpin boleh menjadi bos, tapi tidak semua bos boleh jadi seorang pemimpin”

Antara persamaan bos dan pemimpin adalah kedua-duanya mempunyai peranan penting dalam pekerjaan yang dilaksanakan terutamanya yang melibatkan bisnes atau perniagaan .

Hakikatnya, fungsi atau peranan bos dan pemimpin memiliki perbezaan yang amat ketara sekali.

Jika kita bertanggugjawab atau bercita-cita untuk menjadi seorang yang mempunyai peranan penting dalam bisnes atau perniagaan, keputusan adalah terletak di tangan anda iaitu sama ada anda ingin menjadi bos atau pemimpin.

Berikut merupakan 7 perbezaan antara bos dan pemimpin.

1. Pemimpin itu memimpin bukan menguasai

Misalnya dalam pernigaan, seorang pemimpin akan turut langsung ke lapangan bagi memimpin pekerjanya untuk meraih keuntungan jualan bersama-sama. Sedangkan…

seorang bos hanya akan duduk menunggu hasil jualan meningkat!

2. Pemimpin itu mendengarkan sebelum bicara, sedangkan bos itu memerintah

Seorang bos biasanya selalu memerintahkan bawahannya untuk melakukan sesuatu. Sebaliknya..

seorang pemimpin selalu mendengarkan pendapat dari anak buahnya sebelum menyuruh anak buahnya melakukan sesuatu.

Dan hasilnya, mereka yang dibawah kepemimpinan seorang pemimpin akan merasa percaya diri untuk mengikuti pemimpin tersebut kerana terjalinnya komunikasi dua arah antara pemimpin dan anak buah.

theboss1024x10241

3. Pemimpin itu memotivasi bukan menanamkan rasa takut

Jika seorang pekerja melakukan kesalahan dalam pekerjaannya, seorang pemimpin mengungkapkan rasa empatinya terlebih dahulu sebelum akhirnya masuk ke pokok permasalahan.

Sedangkan seorang bos terus memarahi pekerjanya yang melakukan kesalahan tersebut tanpa ada belas kasihan.

4. Seorang pemimpin itu mengajarkan dan belajar, bukannya mengharapkan dan mengabaikan

Seorang pemimpin sejati adalah seseorang yang memiliki harga diri, tapi tidak sombong dan tidak pernah malu untuk belajar dari seseorang yang jabatannya lebih rendah dari mereka.

Selain itu, seorang pemimpin itu bukan hanya pihak yang mendapatkan, tetapi juga pihak yang memberi dimana..

Seorang pemimpin yang baik tidak akan ego untuk berbagi pengetahuannya dan pengalamannya dengan anak buahnya.

5. Pemimpin itu biasanya selalu terlibat aktif dalam lingkungan pekerjaannya

Ketika seorang bos hanya memerintahkan untuk melakukan suatu hal kepada bawahannya, seorang pemimpin selalu mengawasi sejauh mana pekerjaan yang mereka berikan telah dilkasanakan.

The word 'Leadereship' highlighted in green with felt tip pen

6. Seorang pemimpin memberi kritikan yang membangun

Seorang pemimpin akan menyampaikan kritikan kepada anak buahnya, dan kritikannya itu adalah kritikan yang membangun.

Selain itu, mereka tidak pernah memarahi anak buahnya apalagi di depan umum.

7. Pemimpin itu membangun hubungan yang seimbang dengan anak buahnya

Seorang pemimpin yang baik, memperlakukan setiap anak buahnya dengan seimbang. Dalam erti kata lain tiada PILIH KASIH!

Oleh itu,dalam kehidupan seharian bagi mereka  yang bekerja di bawah organisasi kita akan hadapi dengan dua macam orang sama ada bos atau pemimpin.

Maka, konklusinya, jadilah seorang pemimpin dimana anda memberi tunjuk ajar dan belajar dalam satu organisasi terutamanya. Maka, kita akan dapat hasilkan hubungan yang baik antara majikan dan pekerja disamping bekerja dalam persekitaran yang harmoni dan ceria.

bossvsleader3

Bagi yang melibatkan diri dalam bisnes, mungkin mampu memberi impak kepada pernigaan kita semua dimana mungkin dapat meningkatkan jualan kita apabila kita dan majikan dapat bekerjasama dengan baik.

Menurut anda, antara pemimpin dan bos, intonasi yang manakah memberi impak postif?

Bos atau pemimpin??? dan pilihan anda adalah…

P/S: Minat dengan pendapat ini?Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.

(Visited 571 times, 1 visits today)

Filed Under: Uncategorized

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Artikel Popular Safuan Borhan

  • 4 Teknik Pemasaran Offline Mudah
  • 5 Cara Kreatif Menghargai Pelanggan Anda
  • 5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek
  • 4 Cara Menghargai Pekerja Anda
  • 5 Langkah Menghasilkan Copywriting Berkesan

Copyright © 2025 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in