Neuromarketing merupakan satu teknik memujuk manusia yang mana ia mempengaruhi pemikiran separa sedar manusia. Sedarkah kita bahawa minda separa sedar sebenarnya banyak memainkan peranan semasa kita melakukan keputusan.
Jadi, jika kita sebagai peniaga mampu menguasai strategi ini, secara halusnya kita mudah untuk mempengaruhi prospek untuk membeli.
Ekslusif, di sini sahaja saya mahu kongsikan 2 strategi neuromarketing yang boleh dipraktikkan.
1. Berikan sebab
Satu kajian telah dijalankan oleh seorang pakar psikologi dari Harvard, Ellen Langer. Kajian ini dinamakan “XEROX Copy”.
Objektif kajian ini adalah untuk melihat bagaimana dengan memberi sebab dan penerangan, minda seseorang itu boleh dipengaruhi. Latar belakang situasi kajian itu adalah, seorang pelajar cuba memotong barisan di kedai fotostat.
Senario pertama, pelajar itu berkata kepada barisan yang sedang beratur, “Maafkan saya. Saya hanya ada 5 muka surat sahaja. Boleh saya fotostat dulu?” 60% membenarkan dia untuk memotong barisan.
Senario kedua pula, pelajar itu menanya, “Maafkan saya. Saya hanya ada 5 muka surat sahaja. Boleh saya fotostat dulu sebab saya tengah kejar masa ni?” 94% orang yang sedang beratur itu membenarkannya. Meningkat!
Senario terakhir. Ayat yang digunakan adalah, “Maafkan saya. Saya hanya ada 5 muka surat sahaja. Boleh saya fotostat dulu sebab saya perlu buat salinan kelima-lima muka surat ini?” Mengejutkan. 93% orang membenarkannya walaupun secara ilmiahnya, asbab yang diberikan seperti tidak masuk akal.
Sebenarnya, tidak kira lah sebab yang diberikan itu logik atau tidak, secara separa sedar otak sudah memprosesnya dan menrimanya sebagai alasan.
Minda kita suka kepada jawapan. Jawapan menyebabkan minda kita lebih senang untuk memproses maklumat sekaligus mempengaruhi emosi.
Ucapan yang menarik dan memukau bukan sahaja yang menyampaikan maklumat, tetapi turut menawarkan penyelesaian kepada masalah.
2. Menyediakan pilihan
Daripada makanan sehiggalah kepada gajet dan kereta, kita dilimpahkan dengan pelbagai pilihan. Betul, manusia suka kepada pilihan yang banyak. Tetapi ingat, jika kita mahu buat jualan, lebih baik jika kita hanya sediakan beberapa pilihan sahaja kepada prospek – bukan berpuluh-puluh.
Ada kajian menunjukkan hanya 3% sahaja prospek yang membeli apabila diberi 24 pilihan berbeza. Manakala 30% pula prospek membeli setelah diberi hanya 6 pilihan sahaja.
Pilihan yang terlampau banyak hanya akan menyebabkan prospek buntu dan ‘lumpuh’. Rambang mata, tidak tahu mahu pilih yang mana. Minda terpaksa bekerja terlampau kuat (overload) apabila diberi terlalu banyak pilihan.
Saya teringat pula semasa menonton salah satu rancangan realiti masakan Gordon Ramsay di televisyen. Beliau marah kepada salah seorang pengusaha restoran di Amerika kerana mempunyai terlampau banyak pilihan menu makanan. Ramsay sendiri tidak tahu mahu memesan makanan apa sehingga terpaksa meminta rekemen daripada pelayan di sana. Apa lagi, mengamuklah mamat rambut putih tu. Jadi, beliau telah merombak semula menu restoran itu dan walaah! Jualan restoran itu meningkat!
Tetapi, jangan sampai pelanggan tiada pilihan langsung ya. Sekurang-kurangnya sediakan 3 pilihan kepada mereka supaya mereka boleh memilih. Ya lah, setiap manusia ni lain-lain keperluannya.
Faham?
Ada banyak lagi strategi neuromarketing yang boleh saya kongsikan di sini. Tapi, cukup dulu lah buat masa sekarang. Ni ilmu mahal. Kalau saya kongsi banyak-banyak pun, bukan ramai yang nak hargai. Faham-faham lah, ilmu percuma kan. Hadamkan dan praktikkan dulu 2 strategi ni. Nanti saya kongsi lagi.
p/s: Jika tak sabar nak tahu pasal strategi marketing yang lain, cepat-cepat follow channel Telegram Safuan Borhan di SINI.
Leave a Reply