Orang kata, fokus kepada satu benda sahaja dalam satu masa supaya apa yang difokuskan itu boleh membawa kejayaan yang besar lagi hebat. Ada benarnya kata-kata ini. Saya langsung tidak menyangkalnya malah mendokong prinsip ini. Buat apa-apa pun kena fokus supaya kita mampu memberi 100% usaha kepada apa yang diusahakan itu. Jangan buat sambil lewa sahaja.
Tetapi ingat, andai apa yang difokuskan itu tidak menjadi (nauzubillah), apakah anda ada jalan keluar? Ada plan B?
Pada pendapat saya, dalam perniagaan, jangan hanya jalankan satu aktiviti bisnes sahaja. Kita ambil contoh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, orang melayu terkaya di Malaysia, beliau sendiri menjalankan pelbagai jenis perniagaan di bawah empayarnya. Beliau tidak hanya mengharapkan pada satu sumber perniagaan sahaja. Bagaimana beliau memastikan setiap jenis perniagaan itu diberi perhatian sewajarnya? Di sini lah beliau bijak dalam mengoptimumkan output pekerjanya.
Jangan Letakkan Semua Telur Ke Dalam Satu Bakul
Pepatah Inggeris ada mengatakan, “NEVER PUT ALL YOUR EGGS IN ONE BASKET”. Kenapa tidak boleh letakkan semua telur dalam satu bakul? Andai bakul yang satu itu terlepas dari genggaman, kesemua telur akan pecah berderai. Tiada lagi yang tertinggal sebagai bekalan kita. Tetapi, jika kita bijak mengagihkan telur-telur itu ke beberapa bakul, tidak semua telur akan pecah andai terjadi apa-apa yang tak diingini.
Serupa juga analoginya dalam dunia perniagaan. Jangan hanya terlalu fokus kepada satu jalan sahaja. Buka mata dan minda anda. Fikirkan juga apa plan B atau C andai plan A anda tidak menjadi. Ingat, dunia perniagaan ini ada banyak perkara yang sukar dijangka boleh berlaku. Jadi, sediakan payung sebelum hujan. Jangan sudah terhantuk baru nak tergadah. Waktu itu, nasi sudah pun menjadi bubur.
Sebagai contoh, jika anda sekarang sedang menjalankan perniagaan kedai makan, anda harus ingat, ada banyak kos yang terlibat bagi menampung operasi kedai makan itu. Sewa premis, kos bahan mentah dan bayaran gaji pekerja antara kos yang terlibat. Tambahan pula, perniagaan jenis ini mengambil masa sebelum dikenali ramai dan mampu membawa keuntungan besar sekaligus menampung segala kos yang terlibat. Jadi, jika tiada plan B, tiada aktiviti perniagaan alternatif yang mampu membawa keuntungan cepat, bagaimana anda hendak membayar kos-kos tersebut? Masalah ini lah yang harus anda fikirkan.
Sementara nak tunggu perniagaan kedai makan ini stabil dan membawa keuntungan, anda sebagai penguasaha kedai makan boleh jalankan aktiviti lain juga yang mampu membawa masuk wang dengan lebih pantas. Fast Cash! Ini supaya aliran wang syarikat tidak tercekik. Tidak tercekik sehingga tidak mampu untuk membayar kos overhead pekerja. Fikirkan perniagaan bagaimana yang bersesuaian untuk diselarikan dengan kedai makan. Frozen food barangkali?
Cash Flow is The King
Tujuan kita mempelbagaikan aktiviti perniagaan ini adalah supaya aliran wang syarikat kita menjadi lebih cantik. Wajib jaga aliran wang syarikat. Kita sentiasa mahukan aliran wang yang positif. Ya, Cash-Flow is the King. Jika anda mahu mohon pinjaman pembiayaan perniagaan pun, bank akan lihat rekod aliran wang syarikat anda. Jika cantik rekod tersebut, maka mudah bagi mereka untuk meluluskan permohonan anda. Aliran wang syarikat ini menentukan samada syarikat anda kukuh atau pun tidak.
Sekian dahulu,
Salam hormat daripada Safuan Borhan.
P/S: Jika anda mahu belajar lebih banyak lagi berkenaan perniagaan dan pemasaran yang efektif secara PERCUMA, sila join channel Telegram di SINI.
Terbaik ini… kasi komen sikit sini….
Yes, Cashflow is king..
Kalau letak telur dlm byk bakul berbeza tetapi atas lori yg sama …camtu camne plak .. kalau lori tergelincir…
Fokus tapi be flexible.
I love you abang safuan.
Setuju bro… saya sendiri buat 2, 3 bisnes spt cadangan pak menteri.. saya menjual kat ebay, mudah, lelong, offer servis kat fiverr, fb, dan jual simkad Onexox…. hihi…