“First mover advantage” adalah satu istilah di dalam dunia bisnes di mana konsep ini diperkenalkan oleh Profesor di Stanford Business School, David Montgomery dan co-author, Marvin Lieberman pada tahun 1988.
Menjadi First Mover bermaksud kita menjadi pelopor pertama sesuatu bidang atau niche di dalam sesebuah industri dengan harapan untuk menjadi peneraju di dalam niche bisnes tersebut dan seterusnya mengaut seberapa banyak keuntungan awal (advantage). Uniknya, situasi ini kerap terjadi di kalangan usahawan yang pertama kali terjun ke dalam bidang bisnes, baik dalam konteks produk baru (new product) atau pasaran baru (new market).
Manakala fast followers pula adalah syarikat yang mengambil contoh daripada syarikat lain dengan membuat inovasi dan modifikasi terhadap produk ataupun servis syarikat tersebut.
Tapi Penting Ke Menjadi Pelopor?
Berdasarkan penelitian oleh Peter N. Golder dan Gerard J. Tellis, mereka mendapati 47% pelopor tersebut sebenarnya gagal.
Namun sebaliknya, kajian mendapati, hanya 8% sahaja fast follower yang gagal. Seterusnya kajian yang sama mendapati bahawa fast follower atau early market leader memiliki kecenderungan untuk berjaya dalam jangka panjang.
Contoh yang paling dekat yang berlaku di sekeliling kita adalah Facebook. Sebelum adanya Facebook, pasaran didominasi oleh jaringan sosial lain yang telah wujud seperti MySpace dan Friendster.
Contoh lain adalah Google kerana Google bukanlah search engine yang pertama di dunia ini. Archie merupakan search engine yang pertama sekali wujud. Facebook dan Google bukanlah first mover tapi mereka mengikuti setiap perkembangan dengan cepat dan pantas.
Dan lihatlah hasilnya sekarang, pada hari ini kedua-dua syarikat tersebut menjadi gergasi yang kukuh di dalam industri masing-masing.
Dalam erti kata lain, bagi startup, mereka perlu bekerja untuk mencari pasaran yang telah sedia wujud dan memastikan masyarakat telah siap sedia untuk menerima kedatangan mereka dalam niche bisnes tersebut.
Market Timing
Menurut Bill Gross dari Idealab, salah satu faktor terpenting untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang ialah market timing.
Menurut kajian beliau, faktor market timing adalah sangat penting di mana ianya mewakili 42% daripada kadar kejayaan startup. Ini menunjukkan bahawa market timing berperanan besar dalam menentukan kejayaan atau kegagalan bagi sesebuah bisnes.
Menurut Gross lagi, market timing ini sangat penting bagi memperkenalkan produk baru kepada masyarakat.
Adakah masyarakat bersedia untuk menerima produk yang bakal kita tawarkan?
Meskipun kita memiliki produk yang terbaik, namun waktu dan strategi yang tepat adalah jauh lebih penting daripada nilai produk.
“Menciptakan produk yang pertama yang tidak pernah difikirkan oleh orang lain adalah sangat bagus”
“Tetapi memiliki pengguna yang benar-benar menggunakan produk kita adalah JAUH LEBIH BAGUS”
P/S: Suka dengan artikel ini? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply