Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
Itulah peribahasa yang paling sesuai saya gunakan untuk menggambarkan situasi sekarang ni. Tersangatlah ramai masyarakat kita yang mula berjinak-jinak dengan bisnes online. Sejak perniagaan online ni menjadi pilihan peniaga untuk berniaga, ramai yang menggunakan Internet sehabis mungkin untuk menghasilkan jualan.
Tetapi ramai yang tak tahu bagaimana website sebenarnya boleh bantu mereka untuk hasilkan jualan sambil jimat masa dan tenaga. Ramai juga peniaga yang memiliki website tetapi tidak pandai menggunakannya dengan betul. Ada pula yang punyai website tetapi tidak berjaya menghasilkan jualan.
Jadi untuk peniaga di luar sana, bagaimanakah website boleh bantu buat jualan? Ini caranya:
1. Letak produk/servis di website agar mudah orang nak baca.
Di website kita harus menulis copywriting sendiri untuk produk/servis dan sertakan sekali gambar yang menarik agar pembeli tertarik untuk membeli.
Dengan cara ini tak perlulah kita bersusah payah nak menerangkan produk/servis berulang kali. Bayangkan kalau kita ada 1000 orang prospek yang perlu diterangkan benda yang sama 1000 kali. Tak ke padah namanya tu?
Jadi, kita hanya bawa mereka pergi ke website dan mereka boleh terus baca dari awal sampai habis. Sekaligus memudahkan kita menjelaskan produk/servis tanpa perlu menerangkannya lagi.
2. Sediakan borang tempahan untuk memudahkan tempahan dilakukan
Ramai orang silap bila tidak menyediakan borang tempahan, sebaliknya masih lagi suruh orang singgah ke Facebook peribadi mereka dan suruh PM atau WhatsApp. Saya tidak kata cara ini tidak bagus atau salah, tetapi sebenarnya sampai bila nak letih macam tu? Binalah satu borang tempahan yang memudahkan orang untuk buat tempahan. Selalunya dalam borang tempahan akan ada:
- Nama
- No telefon
- Alamat penghantaran
- Poskod
- Negeri
- Produk/servis yang ingin dibeli berserta harga
- Jumlah/kuantiti produk yang ingin dibeli
Dan paling penting, sediakan sertakan sekali arahan yang jelas dan cara pembayaran agar mudah pembeli nak tahu macamana nak bayar. Ramai orang tak sertakan cara pembayaran untuk produk/servis mereka dan akhirnya pelawat tak tahu nak buat apa. Ingat, bukan semua orang pandai macam kita.
3. Bawa pelanggan ke website jualan
Bila dah ada copywriting power, gambar yang menarik dan borang tempahan yang boleh diisi, maka lengkaplah website jualan yang boleh hasilkan jualan. Kemudian tariklah pelawat untuk datang ke website untuk membeli. Jika mahu kita juga boleh promosikan website jualan di Internet agar mudah orang nak beli melalui website menggunakan Google Ads, Facebook Ads dan banyak lagi.
Sebenarnya kita boleh gunakan website untuk buat jualan. Syaratnya kena tahu cara yang betul saja. Website yang bagus akan menghasilkan jualan untuk kita dan memudahkan kita menjual di Internet kerana kita dah jimat masa menjual dengan hanya bawa pelanggan ke website jualan sahaja. Seterusnya pelanggan akan baca dan jika berminat, dia akan terus beli menggunakan borang tempahan yang disediakan.
Anda berminat tak nak belajar bangunkan website sendiri? Pihak Webstation Technology Sdn Bhd akan menganjurkan Bengkel Wordpress From Zero 2 Pro pada 21 dan 22 Mei 2016 di Kajang. Saya sangat rekemen bengkel ini kepada anda yang mahu ada platform pemasaran konten sendiri dengan teratur.
Jom belajar bina platform penulisan bisnes anda sekarang! Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut.
Leave a Reply