SAFUAN BORHAN

Most en·gag·ing Internet Marketer In Malaysia

  • HOME

LIKE Di Facebook… Penting Ke?

April 28, 2016 by Safuan Borhan Leave a Comment

[ File # csp7547507, License # 1263910 ] Licensed through http://www.canstockphoto.com in accordance with the End User License Agreement (http://www.canstockphoto.com/legal.php) (c) Can Stock Photo Inc. / bloomua

“Nak like page ini lah, macam menarik jer, macam best jer”

Penting ke dapat LIKE juta-juta? atau cecah puluh ribu atau ratusan ribu?

Penting ke semua tu?

Boleh katakan likes fanpage memang penting, terutamanya bagi orang yang buat bisnes di Facebook untuk tempoh masa lama

Ada yang kata  LIKE  ni dah macam nyawa dekat Facebook pages pulak. Ada yang kumpul sampai sejuta, ada yang kumpul berpuluh-puluh ribu, ada yang kumpul ala-ala kadar je dan ada yang tak kumpul langsung.

Berikut adalah sebab pentingnya like marketing:

1. Bina hubungan

Kita semua tahu bahawa tujuan penubuhan facebook adalah untuk bersosial. Sekiranya page kita mendapat like yang banyak, maka akan memudahkan kita untuk bina hubungan dengan audience.

Sebelum menjual produk pada mereka adalah lebih baik kita bina hubungan dulu dengan mereka.

Oleh itu kita akan dapat tahu serba sedikit tentang masalah mereka atau apa yang mereka inginkan, maka barulah mudah untuk kita menjual produk kita.

Antara cara untuk bina hubungan dengan fans adalah dengan;

  • Tanya soalan
  • Buat contest 
  • Respons dengan pantas segala komen dan PM mereka

Gunakan ayat yang lebih santai dan ayat berbual. Elakkan dari menggunakan ayat template yang terlalu kerap.

Apabila kita sudah bina hubungan dengan mereka, kita juga jadi lebih mudah untuk ‘Close Sale’ mereka berbanding ‘Open Audience’. Ini disebabkan mereka sudah percaya dan selesa dengan kita.

like5

 

2. ‘Free Marketing’

Kebiasaannya , mereka yang telah like fanpage kita, kemungkinan besar berminat dengan produk kita.

Secara tak langsung, mereka bakal menjadi pelanggan kita. Oleh itu manfaatkan fanpage yang kita ada untuk promosi produk kita kepada mereka dengan cara yang berikut.

  • Teks
  • Gambar
  • Video
  • Artikel

Kita perlu bina content yang berkualiti dan disukai fans kita. Sekali-sekala, promosikan produk kita dengan tawaran  yang mereka suka.

#Manfaatkan kemudahan yang kita ada, dan jangan lepaskan peluang buat marketing secara free ini.

3. Bina branding

Bayangkan diri kita adalah prospek

“Jika ada dua kedai bersebelahan, di mana kedai A dipenuhi dengan orang ramai dan kedai B kurang orang” yang mana kita pilih?

Pasti ramai yang pilih kedai A, sebab ramai orang… sebab apa ramai orang?

Mungkin kedai itu sangat terkenal di khalayak ramai.

Mungkin kedai itu memberi layanan yang baik.

Mungkin masyarakat memberi kepercayaan pada kedai itu.

Salah satu strategi untuk membina bisnes dengan jangkamasa panjang adalah dengan membina branding. Lebih ramai orang yang tahu tentang produk kita, lebih ramai pembeli yang boleh kita dapat.

Kebiasaanya, kita akan membeli produk dari brand yang dikenali kan. 

4. Bina ‘Followers’

Setiap kali kita post di page pasti akan ada yang membacanya. Secara tidak langsung, apabila kita ingin melancarkan sebarang kempen atau produk  baru, akan ada yang bakal menjadi pelanggan kita.

Oleh itu, dalam apa saja bisnes yang kita buat, amat penting untuk kita bina followers. Jadikan followers kita, orang yang tertunggu-tunggu dan sentiasa ternanti-nanti dengan info-info terbaru dari kita.

Tapi bagaimana?

Seperti yang kita nyatakan pada isi point  pertama tadi iaitu bina hubungan. Oleh itu, amat mudah untuk kita berinteraksi dengan mereka seperti komen, shares dan like dari followers kita.

like8

 

 

P/S: Suka dengan artikel ini? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.

(Visited 506 times, 3 visits today)

Filed Under: Uncategorized

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Artikel Popular Safuan Borhan

  • 4 Teknik Pemasaran Offline Mudah
  • 5 Cara Kreatif Menghargai Pelanggan Anda
  • 5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek
  • 4 Cara Menghargai Pekerja Anda
  • 5 Langkah Menghasilkan Copywriting Berkesan

Copyright © 2025 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in