“Seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Nikmatnya dapat tidur bila badan dah letih dan mata pun tak larat nak diangkat lagi dah. Gajah lintas depan mata pun tak sedar lagi dah.”
Amboi, sampai gajah pun dibawanya masuk cerita. Apa-apa pun, anda faham tak kata-kata di atas?

Dalam marketing, kita wajib kaji siapa yang desperate untuk beli produk kita. Cari siapakah yang betul-betul memerlukan produk kita, bukan cari orang yang ‘kalau ada ok, kalau tak ada pun ok’. Kenal pasti apakah masalah mereka dan tawarkan penyelesaian masalah tersebut kepada mereka. Di situlah kita baru boleh menjual kepada mereka. Kita tidak mahu buang masa melayan orang yang tidak memerlukan produk kita kerana kemungkinan untuk dia membeli adalah terlalu kecil.
Lagi spesifik, lagi senang menjual
“Er… Tuan, tapi, bukankah kalau lagi spesifik, lagi kecik market kita? Lagi susah lah nak jual kalau macam tu kan?”
Ok, baik. Betul tu, market kita akan jadi lebih kecil.
Tetapi…
Saya nak tanya, kenapa bila sakit kepala, kita terus beli Panadol ActiFast? Kenapa tak beli Panadol Menstrual? Sama jer, dua-dua pain killer, dua-dua Paracetamol, fungsi sama jer.
Boleh jawab?
Sebab Panadol Menstrual tu untuk perempuan yang sedang haid kan. Kita dah semat dalam otak ni, Panadol Menstrual untuk bantu kurangkan sakit haid, bukan untuk sakit kepala.
Haa.. Nampak?
Kita ni manusia. Manusia ni bila ada masalah, dia akan cari jalan penyelesaian kepada masalah tu.
Bila sakit kepala, kita pergi ke farmasi. Dalam kepala ni duk fikir siap-siap dah “aku nak cari Panadol Actifast.”
Masuk je farmasi, saat ternampak label “Panadol Actifast”, kita terus sambar dan bayar di kaunter.
Jelas kan?
Sama juga dengan pelanggan kita.
Fahamkan masalah mereka dan tulis headline yang membuatkan pelanggan berkata, “Ni masalah aku nih!”
Betul targetted audience kita, mudah la nak buat jualan.
Nota: Untuk dapatkan lebih banyak tips perniagaan, anda boleh dapatkan ia di channel Telegram Safuan Borhan. Sila Klik SINI untuk ke channel tersebut.
Leave a Reply