Anda setuju atau tidak jika saya mengatakan, “Pengguna tidak akan membeli produk anda melainkan mereka pernah dengar atau kenal produk anda itu terlebih dahulu?” Setuju atau tidak?
Ramai yang beranggapan tujuan marketing dilakukan adalah untuk mendapatkan sales. Jika anda juga tergolong dalam kumpulan ini, perbetulkan ia sekarang. Saya ingin memberitahu anda tujuan sebenar marketing dilakukan.
Marketing adalah satu proses memberitahu atau memperkenalkan produk kepada pengguna secara berdisiplin. Anda perlu beritahu mereka apa yang anda jual, apakah janji atau jaminan anda dan kenapa mereka harus membeli daripada anda.
Semuanya Bermula Daripada Brand Awareness
Sebelum pengguna membeli produk anda, mereka mahu kenal tentang brand anda terlebih dahulu. Dengar mudah bukan? Jangan terpedaya. Tidak lah semudah yang disangka. Sebenarnya, manusia ini perlu diberitahu dan diingatkan beberapa kali (ada pendapat mengatakan 7 kali) tentang sesuatu produk, terutamanya jika produk itu produk baru di pasaran, sebelum mereka mula memberi perhatian terhadap produk itu. Di tahap ini mereka masih belum membeli, mereka hanya baru mula memberi perhatian.
Saya andaikan anda baru sahaja memulakan perniagaan pakaian sukan dan menyewa premis untuk dijadikan kedai anda. Maka bermulakah kempen pemasaran anda secara besar-besaran. Banner sebesar 24 kaki direntangkan di hadapan kedai anda, hebahan secara konsisten di corong radio tempatan dan juga anda mengupah beberapa pemuda untuk mengedarkan flyers. Mungkin sehingga anda sanggup membuat pinjaman bank untuk mengiklankan perniagaan anda di akhbar tempatan. Bagus!
Tetapi, selepas seminggu dua, berapa ramai yang ingat tentang kedai pakaian itu? Tak ramai.
Untuk kes ini, selalunya pengguna akan terus teringat kedai Nike, Adidas atau Al-Ikhsan apabila mereka memerlukan pakaian atau kasut sukan. Jadi tanpa berfikir lama mereka hidupkan enjin kereta dan terus menuju kedai-kedai berjenama ini. Kenapa mereka tidak teringat akan kedai anda yang turut sama menjual pakaian sukan? Ini kerana syarikat-syarikat besar ini mempunyai brand awareness yang sangat hebat dan malangnya, anda tidak. Jenama-jenama ini menjalankan marketing plan sepanjang tahun, tetapi anda hanya melakukan pemasaran untuk seminggu sahaja. Bagaimana anda mahu bersaing? Dah nampak kesilapan di sini?
Brand awareness sangat penting. Fikirkan insentif apa yang mampu anda tawarkan kepada pengguna semoga setiap kali mereka mahu dapatkan sesuatu, mereka akan terus teringatkan jenama anda, bukan pesaing anda.
Konsisten Adalah Kuncinya
Dalam apa jua bentuk pemasaran yang anda pilih, konsistensi sangat penting. Jangan buat marketing hanya seperti melepaskan batuk di tepi tangga. Buat betul-betul. Sediakan pelan pemasaran yang strategik. Jika kurang arif, dapatkan bantuan daripada mereka yang pakar. Ingat, marketing ni bertindak sebagai reminder kepada orang ramai. Manusia ni sifatnya mudah lupa. Maka tugas anda adalah untuk mengingatkan mereka. Be consistent.
Anda Hanya Ada 5 Saat Sahaja
Anda tidak ada masa seharian untuk menarik perhatian prospek anda. Baik di TV, surat khabar, billboard mahu pun di Facebook. Jika anda gagal menarik perhatian mereka dalam masa 5 saat pertama, percayalah, anda akan kehilangan mereka selamanya. Alangkah ruginya.
Maksimakan penggunaan gambar yang menarik. Jangan kedekut untuk melaburkan duit bagi mengupah pereka grafik. Mereka boleh mambantu anda bagi menyediakan gambar yang ‘eye-catchy’. Selain gambar, penggunaan kata-kata headline dan copywriting yang power juga mampu membuatkan prospek anda berhenti seketika dan memberi tumpuan kepada anda. Pengajarannya, jangan kedekut untuk melabur sedikit wang demi pulangan yang berlipat kali ganda kelak.
P/S: Saya ada sediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara percuma di SINI.
Leave a Reply