SAFUAN BORHAN

Most en·gag·ing Internet Marketer In Malaysia

  • HOME

Jangan Gagal Sebelum Kita Benar-benar Gagal

April 11, 2016 by Safuan Borhan Leave a Comment

Orang kita ni, dakwa diri sendiri berdarah pahlawan, mengalir darah satria Bugis dalam dirinya. Tetapi, bila buat bisnes, baru terhantuk kepala sikit, dah gelabah.

Baru cuba satu kaedah, kaedah yang sangat minima, sudah dicanangnya tidak menjadi.

Cepat sangat mengalah.

Cuba perhatikan beberapa senario ini:

Senario 1

Kita letak produk di satu outlet, seminggu kemudian datang tengok balik produk sama ada laku atau tidak.

Senario 2

Letak produk di satu outlet, letak flyers, banting atau banner di outlet tersebut.

Seminggu kemudian, datang tengok balik produk sama ada laku atau tidak.

Senario 3

Letak produk di satu outlet, letak flyers, banting atau banner di outlet tersebut.

Buat flyers dan edarkan flyers tersebut (yang menyatakan bahawa outlet tesebut ada menjual produk kita) ke sekitar radius 10 km.

Seminggu kemudian datang semula ke outlet dan tengok balik sama ada produk laku atau tidak.

Senario 4

Buka sampling booth kat outlet tersebut dan bagi pelanggan rasa sample serta perkenalkan yang outlet tersebut ada menjual produk kita.

Seminggu kemudian datang semula ke outlet dan tengok balik sama ada produk laku atau tidak.

Senario 5

Letakkan rak, freezer atau tempat khas produk daripada syarikat kita. Hiaslah ia supaya menarik dan mudah dinampak.

Seminggu kemudian datang semula ke outlet dan tengok balik sama ada produk laku atau tidak.

Baik, pada pendapat semua, antara kelima-lima situasi tersebut, yang manakah lebih berpeluang untuk menjana jualan yang paling tinggi?

Kawan,

Ada kalanya kita terlalu cepat berputus asa di atas sebab yang kurang tepat. Kita merungut lapar pada ketika makanan masih belum ditelan. Kita mendakwa sudah gagal sedangkan kita hanya buat 1 daripada 10 langkah yang sepatutnya dibuat,

Kawan,

Ingatlah. Buat kerja sampai habis sebelum kita mengatakan kita sudah GAGAL.

p/s: Artikel ini ditulis asal oleh Tuan Abd. Hakim Awang D’Apple di ruangan profil Facebook beliau. Beliau merupakan CEO kepada syarikat D’Apple.

p/p/s: Jom follow channel Telegram Safuan Borhan di SINI untuk dapatkan lebih banyak tips bisnes & marketing.

(Visited 156 times, 1 visits today)

Filed Under: Uncategorized

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Artikel Popular Safuan Borhan

  • 4 Teknik Pemasaran Offline Mudah
  • 5 Cara Kreatif Menghargai Pelanggan Anda
  • 5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek
  • 5 Langkah Menghasilkan Copywriting Berkesan
  • 4 Cara Menghargai Pekerja Anda

Copyright © 2023 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in