Ada pepatah yang menyatakan “Jika anda lakukan apa yang anda suka, anda tidak perlu bekerja sepanjang hayat”
Acap kali kita diberitahu, salah satu cara untuk menjadi jutawan ialah dengan melakukan apa yang kita suka dan minat disertai dengan jiwa iaitu dipanggil…
H.O.B.I
Perkara pertama yang perlu dilihat ialah peluang komersil daripada hobi anda. Tidak semua hobi memberi keuntungan dari segi kewangan.
Hobi yang menjadi kerjaya adalah hobi yang boleh menjadi sumber perniagaan seperti fotografi, kraf tangan, penulisan, coaching dan lain-lain.
Biasanya, masalah utama yang bakal dihadapi ialah cara memulakannya.
Mendengar kisah mereka melonjak kejayaan melalui hobi yang dilakukan memang agak mudah tetapi untuk mengaplikasikan cara tersebut pada diri sendiri menjadi lebih sukar. .
Untuk itu anda boleh memulakannya pada teman-teman rapat. Contohnya, hobi fotografi yang anda boleh tawarkan kepada sahabat handai, saudara mara dan ahli keluarga.
Sekiranya, ada permintaan selepas itu, ini menandakan bahawa hobi anda ini mempunyai peluang untuk dikembangkan dan dibesarkan menjadi bisnes.
Oleh itu, anda boleh majukan lagi bisnes anda dengan melihat peluang di tempat lain atau anda iklankan sahaja di laman web.
Bergabung dengan komuniti yang memiliki hobi yang sama juga sangat membantu anda. Manfaatkan sepenuhnya hobi anda dan mereka.
Bukan sahaja dapat memperluaskan pasaran tetapi juga berkongsi mengenai peluang bisnes dan hobi anda itu. Peluang mendapat rakan bisnes juga terbuka luas. Semakin ramai ahli komuniti, semakin baik.
Harus diingat!!!
Bahawa dalam perniagaan, pasti wujudnya halangan. Bukan sedikit hobi yang masih terlalu berisiko untuk terus dijadikan kerjaya utama.
Apatah lagi hobi anda itu sangat spesifik atau terlalu unik seperti membuat seni tanah liat di mana mempunyai komersil yang terhad.
Berikut merupakan ciri-ciri yang perlu ada untuk jadikan hobi anda sebagai kerjaya:
1.Meluaskan pengetahuan
Meluaskan pengetahuan anda dengan ilmu pengetahuan misalnya mendalami ilmu pengurusan dan pemasaran. Bertambah baik, jika anda mempunyai pengalaman kerana kebiasaanya dari pengalaman dapat mengajar kita sesuatu perkara baru.
Dengan ini anda akan mempunyai panduan untuk menjalankan pernigaan dnegan baik. Anda juga boleh menghadiri kursus-kursus yang menawarkan dalam bidang yang berakaitan dengan anda.
2.Bijak mengendalikan emosi
Dalam hal ini, emosi sangat penting. Maklumlah, kadangkala hobi yang kita jalankan tidak mendapat income yang lumayan atau seberapa.
Maka, disini anda perlu bijak menangani emosi anda. Sekiranya anda melayan emosi anda, mungkin boleh membawa anda kepada masalah.
Oleh itu, disini anda perlulah komitmen yang tinggi dan sentiasa mempunyai perasaan berkobar-kobar dan juga membawa jiwa hobi anda dalam pekerjaan.
3.Tekun dan rajin
Dua sifat ini mesti anda sematkan dalam diri anda walau apapun yang berlaku. Tekun dalam hobi yang anda jalankan serta senantiasa rajin.
Rajin dari segi menggali ilmu,mencari pengalaman,mengahadiri kursus atau seminar, mengorbankan waktu dan menacari maklumat yang berkaitan. Oleh itu, anda akan mampu bertahan dan mampu memberi persaingan dalam bidang yang anda ceburi.
Hobi yang anda minat mampu dikembangkan menjadi bisines serta menjadikan anda sebagai jutawan. Tidak mudah untuk mengaplikasikan dimana anda perlukan melakukan pengorbanan disamping semangat jitu yang tinggi dalam membenarkan diri anda terlibat dalam bidang keusahawanan ini.
P/s: Mahu dapatkan tips bisnes dan pemasaran? Sila join channel Telegram Safuan Borhan secara PERCUMA di SINI.
Leave a Reply