SAFUAN BORHAN

Most en·gag·ing Internet Marketer In Malaysia

  • HOME

Inspirasi: Kentang, Telur dan Biji Kopi

April 14, 2016 by Safuan Borhan Leave a Comment

Pada suatu hari seorang anak gadis  mengadu pada ayahnya bahawa hidupnya sangat serabut serta tidak terurus dan tidak tahu bagaimana untuk hadapi setiap masalah kerana berasa penat nak hadapi setiap masalah  yang dihadapinya. Baginya, apabila dia dapat selesaikan satu masalah, satu masalah lain yang timbul.

attitude-is-everything

Ayah kepadagadis perempuan itu adalah seorang chef. Untuk memberi motivasi kepada anaknya yang lemau itu, ayahnya pun membawa anak gadisnya itu ke dapur. Ayahnya mengambil 3 bekas yang dipenuhi dengan air dan meletakkannya pada dapur gas. Setiap bekas itu diisi dengan 3 bahan yang  berbeza iaitu kentang, telur dan biji kopi. Apabila air mula mendidih¸ayahnya meletakkan semua bahan-bahan tadi ke dalam bekas yang mendidih.

Kemudian si ayah membiarkan si anak melihat rebusan tadi tanpa berkata sepatah kepada anaknya. Si anak memerhatikan dengan penuh bosan sebosan-bosannya dan hanya menunggu apa yang berlaku pada setiap rebusan tadi.

20 minit telah pun berlalu, dah si ayah telah menutup dapaur gas tadi. Si ayah mengambil kentang dan telur dan meletakkan pada satu bekas.

Kemudian si ayah mengambil rebusan air kopi dan  menuangkannya ke dalam cawan. Dan berpaling semula kepada anaknya. “wahai anakku, apa yang dapat kamu perhatikan”?

Dengan pantas anak gadisnya menjawab “kentang, telur dan biji kopi”

Si ayah merenung pada anak gadisnya itu “cuba perhatikan dengan baik dan sentuhlah kentang itu”. Tanpa berlengah anak gadis itu menyentuh kentang itu dan kentang itu sangat lembut.

Kemudian ayahnya, menyuruh si anak mengambil telur rebus tadi dan menyuruh membuang kulit telur tersebut. Apa yang si anak gadis itu dapati adalah telur rebus itu menjadi keras.

Dan akhir sekali si ayah meminta anak gadisnya minum air kopi tersebut.

potato-egg-coffee

Kemudian si anak bertanya pada ayahnya “apa yang ayah cuba sampaikan pada saya?”

Si ayah menerangkan kepada anaknya bahawa kentang, telur dan biji kopi itu menghadapi kesusahan yang sama iaitu air rebus tadi. Walaubagaimanapun, setiap dari bahan-bahan tadi memberi refleksi yang berbeza-beza.

Kita lihat pada kentang, di luar nampak keras tapi bila diletakkan dalam air rebusan ia menjadi lembut bukan.

Berbeza dengan telur, dimana apabila direbus dalam air mendidih ia mejadi keras.

Walaubagaimanapun, situasi ini sangat berbeza dengan biji kopi yang sangat unik. Kenapa?? Selepas biji kopi diexposed dalam air mendidih tadi, biji kopi tidak berubah ia tetap sama tetapi biji kopi itu telah memberi perubahan pada air tersebut.

Water boiling in glass pan

“Jadi kamu yang mana satu?” Tanya si ayah pada anak gadisnya itu. “ Apabila masalah melanda kamu, apa yang kamu lakukan? Bagaiamana reaksi kamu? Apa tindakan kamu? Kamu mewakili kentang ke, telur ke, atau kopi?

Kesimpulannya:

Dalam hidup ,sesuatu  perkara akan berlaku di sekeliling kita dan  berlaku kepada kita, tetapi satu-satunya perkara yang benar-benar penting adalah apa yang berlaku dalam diri kita.

Jadi anda yang mana satu?

Yang mana satu idaman kalbu,

Kentang, telur atau kopi..

P/S: Tertarik dengan inspirasi ini? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.

(Visited 1,110 times, 1 visits today)

Filed Under: Inspirasi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Artikel Popular Safuan Borhan

  • 4 Teknik Pemasaran Offline Mudah
  • 5 Cara Kreatif Menghargai Pelanggan Anda
  • 5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek
  • 4 Cara Menghargai Pekerja Anda
  • 5 Langkah Menghasilkan Copywriting Berkesan

Copyright © 2025 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in