SAFUAN BORHAN

Most en·gag·ing Internet Marketer In Malaysia

  • HOME

Ini Teknik FB Ads Khas Untuk Newbie

March 11, 2016 by Safuan Borhan 7 Comments

Jika anda masih baru dalam dunia perniagaan online, saya nasihatkan jangan terlalu kedekut mahu melabur wang untuk dapatkan ilmu. Tanpa ilmu yang betul, tindakan anda akan mudah tersasar daripada landasan sepatutnya yang akhirnya akan membuatkan anda menanggung kerugian besar.

Tiada dana mencukupi untuk lakukan fb ads? Jangan disempitkan fikiran. Masih ada banyak lagi platform lain yang percuma boleh anda gunakan. Anda hanya perlu pantas bertindak sahaja dan teruskan mencari ilmu yang sesuai untuk anda praktikkan.

Langkah jalankan iklan di fb untuk newbie

a720a4b301ddc991b0b702c1751bd36c

Di sini saya kongsikan beberapa langkah mudah bagi anda yang mahu mula menggunakan platform berbayar facebook ads.

1 – Pilih produk berdasarkan permintaan, bukan margin keuntungan semata-mata. Lakukan kajian atau validation terlebih dahulu sebelum mula berniaga.

2 – Pastikan jumlah audience yang anda sasarkan tidak melebihi  20 ribu orang.

3 – Lebih cantik, jika pilih radius sekitar kawasan anda sahaja dahulu.

4 – Tawarkan Cash On Delivary (COD) kepada pelanggan, beritahu kepada mereka di copywriting anda.

5 – Letak bajet sehari RM 30. Biarkan iklan berjalan selama 2 hari menggunakan Auto CPC.

6 – Selepas 2 hari, semak semula averape price dan berapa ringgit yang telah anda gunakan.

7 – Laburkan secara purata RM 18 sehari , average CPC RM 0.30

8 – Ingat, produk berlainan akan beri result yang berlainan.

9 – Ubah nilai bid, buat manual bid CPC pula. Letak secara purata RM 0.30.

10 – Nilai average tersebut berdasarkan apa yang kita dapat di #7.

11 – Sekarang, biarkan iklan berjalan selama seminggu .

12 – Selepas seminggu semak semula data iklan.

13 – Berdasarkan data tersebut, semak berapakah jumlah prospek dan pelanggan yang anda dapat, dan berapakah jumlah wang yang telah anda laburkan.

14 – Ubah nilai di #7 berdasarkan data baru tadi.

15 – Biarkan iklan berjalan selama sebulan dan kira semula #13.

Selesai 15 langkah mudah teknik fb ads saya terangkan satu persatu. Anda hanya cuma perlu ikut sahaja sekarang. Andai ada yang tidak faham, boleh tinggalkan soalan di ruangan komen ya.

oliver-twist

Ini ada tips tambahan pula saya nak bagi:

+ Jika iklan langsung tidak bergerak, ubah nilai bid anda, letak bid maksimum.

+ Untuk produk harga bawah RM 50, misalnya produk harga RM 10, sasarkan jualan secara volume.
Boleh beri tawaran beli 5 percuma free gift contohnya. Free gift itu mungkin hanya bernilai RM 1-2 sahaja.

+ Contoh dulu saya berniaga, modal seunit RM3. Beli 5 x RM3 = RM 15 , bagi free gift bernilai RM 5 (modal saya cuma RM 1). Saya jual satu unit RM 10. Jadi, pelanggan perlu bayar kepada saya RM 10 x 5 = RM50. Jumlah keuntungan yang saya dapat di situ adalah RM50 – RM16 = RM 34.

Macam mana? Rasanya boleh tak anda ikut langkah mudah ini? Saya sudah kongsikan langkah demi langkah salah satu teknik yang saya sendiri guna pakai hingga ke hari ini.

Sekarang terserah kepada anda pula samada mahu bertindak atau hanya baca dan berdiam diri.

P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.

(Visited 3,646 times, 4 visits today)

Filed Under: Uncategorized

Comments

  1. Ikhwan says

    March 11, 2016 at 5:00 PM

    terima kasih, orang lama pun boleh amalkan tips ni untuk test ad 🙂

    Reply
  2. Dinor says

    March 11, 2016 at 8:15 PM

    Terima kasih tuan.
    Dapat belajar tip baru yang selalu terlepas pandang hehe

    Reply
  3. Tanto says

    March 12, 2016 at 12:37 PM

    terima kasih sifu

    Reply
  4. Arif Luqman says

    March 14, 2016 at 10:31 PM

    Terima kasih tuan.. macam mana nak filter audience bagi tak lebih 20k tuan?

    Reply
  5. Dzulfaqar Hashim says

    March 18, 2016 at 5:23 PM

    Tips sesuai utk yang dah biasa main fb ada juga ni tuan. Terima kasih share. Semoga terus buat sharing mcm ni selepas ini…

    Reply
  6. mohd aliff nazmi says

    March 21, 2016 at 12:52 PM

    assalamualaikum,

    tuan cpc saya skrg berharga RM 0.17

    adakah manual cpc saya nk letak RM0.17 juga?

    harap tuan boleh jelaskan.

    Reply
  7. emirulzaman says

    April 12, 2016 at 9:07 AM

    Godek puye godek ,jumpa juga ilmu FB Ads secara free ni.Alhamdulillah .Insyallah saya akan cuba buat .Terima Kasih tuan safuan.Semoga Allah Taala sentiasa merahmati tuan dan keluarga.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Artikel Popular Safuan Borhan

  • 4 Teknik Pemasaran Offline Mudah
  • 5 Cara Kreatif Menghargai Pelanggan Anda
  • 5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek
  • 4 Cara Menghargai Pekerja Anda
  • 5 Langkah Menghasilkan Copywriting Berkesan

Copyright © 2025 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in