SAFUAN BORHAN

Most en·gag·ing Internet Marketer In Malaysia

  • HOME

Ikuti Langkah Bagaimana Untuk Merancang Pelan Pemasaran Efektif

January 21, 2016 by Safuan Borhan 1 Comment

1. Sebelum memulakan mana-mana pelan pemasaran, amat penting bagi anda untuk mengumpul seberapa banyak maklumat terlebih dahulu. Jika hendak ke medan perang, maklumat ini ibarat peta lokasi peperangan tersebut. Tanpa peta, komander akan hilang arah ke mana mahu arahkan anak-anak buahnya. Bagaimana komander hendak rencanakan strateginya melawan musuh. Begitu juga lah pentingnya mengumpul maklumat sebelum melakukan pemasaran. Jangan terkejut, ada syarikat yang sanggup berbelanja besar demi secalit maklumat.

2. Bila anda sudah ada maklumat berkenaan perniagaan anda itu, ambil masa untuk duduk berbincang dan analisa data yang diperoleh. Bincang hingga ada kata sepakat.

12557820_1009588085749196_1585889787_o

3. Sekarang, peta dah ada, senapang dah penuh diisi peluru, tibalah masa anda masuk ke medan perang. Mulakan pelan pemasaran anda. Segala maklumat dan pengetahuan yang diperoleh sebelum ini harus dimanfaatkan sepenuhnya.

4. Jangan mudah putus asa. Teruskan usaha anda tanpa hiraukan sebarang halangan dan cabaran yang menimpa.

5. Jangan seronok sendiri. Sentiasa pantau hasil kerja ada. Pantau ‘conversion rate’, ‘cost per lead’ dan sebagainya. Adakah tercapai objektif pemasaran anda? Jika ya, bagus. Namun, jika sebaliknya, anda harus perbaikinya lagi.

6. Satu langkah yang bijak jika anda meluangkan masa dan tenaga untuk mendapatkan maklum balas daripada audience anda. Tanya pendapat mereka tentang iklan anda, dan apakah yang telah berjaya menarik perhatian mereka untuk singgah ke ‘perangkap’ anda. Dari situ, banyak maklumat baru yang boleh anda perolehi.

 

P/S: Anda rasa tips ini berguna? Saya turut memberikan bermacam-macam tips lagi berkenaan bisnes dan marketing di SINI.

(Visited 141 times, 1 visits today)

Filed Under: Tips

Comments

  1. Arif Luqman says

    January 22, 2016 at 9:11 AM

    Terima kasih tuan..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Artikel Popular Safuan Borhan

  • 4 Teknik Pemasaran Offline Mudah
  • 5 Cara Kreatif Menghargai Pelanggan Anda
  • 5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek
  • 4 Cara Menghargai Pekerja Anda
  • 5 Langkah Menghasilkan Copywriting Berkesan

Copyright © 2025 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in