Orang kita ni, pantang nampak peluang, terus gopoh nak disambarnya. Bagus jika anda mempunyai ‘passion’ sebegini. Namun, nasihat saya, lengkapkan diri dengan ilmu terlebih dahulu. Jangan terus terjah membabi buta (maaf, kasar bahasa). Setiap tindakan perlu ada objektif dan matlamat. Kita tidak mahu jadi seperti lembu yang diikat hidungnya. Orang ke kanan, ia pun ke kanan. Orang ke kiri, ia turut serta. Kerja ikut orang saja tanpa matlamat yang jelas.
Doktor Azizan Osman ada mengatakan, tahap kekayaan seseorang itu berkadar terus dengan tahap ilmunya. Semakin tinggi ilmu seseorang, semakin tinggi pendapatannya (InsyaAllah). Jadi, jangan malas untuk terus belajar.
5 Tips Mudah Memulakan Perniagaan
1- Sangat penting untuk anda kenal segmen pelanggan anda. Kita tak nak pasarkan produk kita kepada golongan yang salah. Membazir nanti. Tidak kira sama ada anda menjual produk atau menawarkan servis, fahami terlebih dahulu bakal pelanggan anda. Kaji dan fahami mereka sedalam mungkin. Lebih banyak anda faham mereka, lebih cerah peluang untuk anda berjaya.
2- Pasarkan produk atau servis anda sebaiknya mengikut strategi yang telah ditetapkan. Jangan lupa untuk lakukan pemasaran jenama juga (Branding Marketing). Tidak kira betapa kecil sekalipun perniagaan anda, ‘branding’ sangat penting. Ini penting untuk mewujudkan kepercayaan dan kesetiaan pada pelanggan anda.
3- Berhubung dengan pelanggan. Medium perhubungan sekarang terlalu luas. Tiada alasan untuk anda tidak berhubung dengan pelanggan. Gunakan saja mana-mana medium yang anda rasakan selesa dan bersesuaian. Kalau dulu, orang selalu bagi alasan malu atau tidak pandai nak bercakap dengan orang. Sekarang kita sudah ada facebook, whatsapps, skype dan bermacam-macam lagi. Anda tidak perlu lagi berjumpa mereka secara berdepan. Gunakan semua ini sebaiknya.
4- Tetapi ingat, pelanggan lebih suka untuk mengenali siapa orang di sebalik perniagaan itu. Mereka mahu tahu dengan siapa mereka berurusan. Ini dapat meningkatkan lagi kepercayaan dan kesetiaan mereka kepada perniagaan anda. Jika anda mahu langkah lebih jauh, buang rasa malu dan belajar berhadapan dengan pelanggan anda.
5- Dapatkan maklum balas daripada pelanggan yang telah mendapatkan perkhidmatan anda atau yang telah membeli produk anda. Ya, tiada siapa yang sempurna. Tetapi kita mampu mendekati kesempurnaan. Dengan maklum balas yang diterima, anda mampu memperbaiki setiap kelopongan dalam perniagaan anda. Jangan marah pula jika ada terima maklum balas yang kurang menyenangkan. Ambil ia sebagai batu loncatan untuk anda melangkah lebih jauh.
P/S: Jika anda mahu belajar lebih banyak lagi berkenaan perniagaan dan pemasaran yang efektif secara PERCUMA, sila join channel Telegram di SINI.
Leave a Reply