brian lim

Brian Lim, pemuda berusia 28 tahun ini merupakan pengasas dan CEO kepada EmazingLights, sebuah syarikat yang berpengkalan di Anaheim, California. Syarikat ini cukup terkenal dengan sarung tangan yang mengeluarkan lampu warna warni di setiap jarinya. Sarung tangan ini sering digunakan di kelab-kelab malam untuk tujuan menari.

“Saya sentiasa mahu menjadi usahawan. Tetapi, selepas tamat kolej, saya buntu kerana tiada idea mahu menjual apa. Jadi, saya bekerja di sebuah firma perunding di Deloitte. Ya, ianya adalah sebuah karier yang berprestij, gaji yang lumayan dan sudah pasti menyenangkan hati ibu bapa.”

Brian sememangnya seorang peminat muzik terutamanya techno dan trance. Muzik rancak sudah sebati dengan jiwanya. Tetapi beliau mengakui yang beliau bukanlah seorang penari yang baik. Kaku dan kayu! Pasti digelakkan jika bertanding dengan adik-adik Raver di Malaysia yang viral tempoh hari (sarkastik).