Setiap bisnes sememangnya perlu ada misi dan visi. Kenapa? Ini supaya anda sentiasa jelas dan tahu ke mana arah matlamat bisnes anda. Tak seronok lah kalau buat bisnes secara sambil lewa tanpa tahu ke mana arah tuju syarikat. Hari ini mula bisnes, lepas 7 bulan dah bungkus.
Bisnes yang baik adalah bisnes yang mampu bertahan lama, mampu diwarisi daripada satu generasi ke generasi seterusnya. Oleh itu, amat penting bagi anda memikirkan bagaimana anda dapat meneruskan kesinambungan perniagaan anda itu. Survival itu yang kita mahukan.
Bagaimana untuk memastikan bisnes anda mampu bertahan lama?
Saranan saya, anda jalankan dua jenis bisnes yang berlainan modelnya. Model bisnes A adalah model berbentuk fast cash. Manakala model bisnes B pula berbentuk no cash. Maksud no cash di sini bukanlah bisnes yang tidak menguntungkan, tetapi tiada keuntungan dapat dilihat dalam tempoh masa terdekat. Ia memakan masa yang agak lama untuk menampakkan hasilnya namun hasilnya cukup manis dan berpanjangan kelak.
Saya bawakan contoh supaya anda lebih mudah faham.
Model A: Bisnes buah pisang
Pokok pisang hanya mengambil masa beberapa bulan sahaja untuk membuahkan hasil. Setelah ditanam, sejekap saja ia sudah berbuah dan boleh dijual. Namun, setiap pokok pisang itu hanya mampu berbuah sekali saja. Tambahan pula, buah pisang cepat rosak. Bisnes model ini mampu membawa keuntungan secara pantas tetapi sukar untuk bertahan lama.
Model bisnes B: Bisnes buah durian
Bagi pokok durian pula, ia memakan masa bertahun-tahun lamanya untuk membesar dan menghasilkan buah. Bukan setahun, bukan 2 tahun. Lama tempohnya! Anda harus sabar memberi baja dan menyiramnnya untuk satu tempoh yang cukup panjang sebelum boleh menuai hasilnya. Namun, setelah pokok itu matang dan berbuah, setiap tahun anda boleh ambil hasilnya dan harga bagi sebiji buah durian sangat mengujakan. Berbaloi tunggu lama.
Jadi, dengan menjual kedua-dua jenis buah ini, perniagaan seorang petani itu tampak lebih stabil. Beliau ada sumber pendapatan segera dan juga sumber pendapatan di kemudian hari. Strategi seperti ini lah yang anda juga boleh lakukan.
Dah jelas?
Masih samar-samar?
Jom baca contoh kedua yang saya bawakan.
Model bisnes no cash
Ada orang mula bisnes dengan cara blogging. Beliau beli domain dan hosting, kemudian terus publish laman webnya. Maka, setiap hari beliau akan memuat naik artikel yang menjadi bacaan orang ramai. Ramai pembaca akan singgah di lama web beliau. Traffik tinggi. Jadi, dari mana datangnya income? Belum ada. Beliau mungkin perlu sabar menunggu 1 ke 2 tahun sebelum nilai laman web itu meningkat nilainya dan mungkin akan ada orang yang mahu membeli saham syarikatnya itu.
Jadi, bagaimana beliau mahu jana pendapatan agar mampu membayar kos-kos syarikat?
Model bisnes fast cash.
Di sini lah wajarnya beliau menjalankan perniagaan mengikut model bisnes fast cash juga. Selain memuat naik artikel yang berjaya menarik ribuan trafik ke laman webnya, beliau turut menjual merchandise yang mungkin diminati oleh para pengunjung laman web beliau. Dari situ, beliau boleh mengaut keuntungan sekaligus membayar segala kos syarikat.
Sekarang anda sudah makin jelas dan faham?
Anda dah nampak kan kenapa anda juga harus ada kedua-dua jenis model bisnes ini. Jika syarikat besar seperti Sime Darby, Petronas dan UEM pun mengguna pakai strategi ini, saya tak namak kenapa anda harus mengabaikannya. Bertindak memulakan perniagaan itu bagus, tetapi tindakan bagi mengekalkannya itu lebih penting.
P/S: Jika anda mahu belajar lebih banyak lagi berkenaan perniagaan dan pemasaran yang efektif secara PERCUMA, sila join channel Telegram di SINI.
NAJIB WAKMAN says
Sungguh mmbuka minda. Saya perasan ada website y setisp hari update passl kereta. Setelah popular,rating tinggi baru admin buka servis promote jual beli keta