SAFUAN BORHAN

Most en·gag·ing Internet Marketer In Malaysia

  • HOME

Ego Dalam Perniagaan… Boleh Ke?

May 10, 2016 by Safuan Borhan 1 Comment

Apakah yang akan berlaku ketika jika usahawan dikaburi oleh kejayaan dimasa lalu dan tidak boleh melihat kesilapan mereka sekarang? Hal inilah yang akan menyebabkan mereka tidak maju kehadapan dan akan ditinggalkan jauh ke belakang.

Kejayaan akan memberi kesan kepada seseorang usahawan sama ada menjadikan mereka semakin baik atau sebaliknya.

  1. Usahawan yang baik tidak akan pernah selesa di atas kemenangan mereka tetapi mereka memberi perhatian kepada setiap pesaing, mengejar inovasi dan mencari bantuan apabila memerlukan. Bukan nak kata mereka tamak, tapi selalu berusaha untuk memberi manfaat yang lebih baik kepada masyarakat.
  2. Berbeza dengan usahawan yang kurang baik dimana mereka cepat berasa puas dengan kejayaan mereka pada masa lalu dan merasakan diri mereka mampu untuk meraih kejayaan tanpa bantuan dan perkhidmatan orang lain.

Perubahan

Dalam beberapa kes, usahawan sebegini sering kali takut dan mengelak untuk melakukan perubahan. Antara persoalan yang mereka fikirkan ialah : untuk apa mengubah sesuatu yang tidak rosak? Ini kerana mereka bimbang bahawa perubahan boleh memberi kesan negatif kepada pelanggan mereka.

Mereka ragu-ragu untuk menggunakan teknologi yang baru. Akan timbul lagi persoalan bahawa “kenapa perlu pada perubahan padahal aku pernah berjaya pada masa dahulu dengan cara lama?”. Hasilnya mereka tidak cuba untuk mendapatkan perkhidmatan dari profesional berpengalaman atau mentor perniagaan.

Defensif

Kadang-kadang terdapat usahawan yang bersikap defensif, iaitu mereka tidak mahu menerima segala maklumbalas daripada pelanggan dan nasihat daripada pekerja sebagai sesuatu yang bermanfaat.

Mereka merasakan bahawa diri mereka saja yang betul dan mempedulikan pandangan daripada orang lain. Sebaliknya, usahawan yang berjaya biasanya mampu menerima teguran daripada pelanggan dan memanfaatkannya.

Isolated young business woman not listening

Ego

Mendapatkan bantuan daripada profesional bukanlah menandakan kelemahan, sebaliknya ia adalah kekuatan. Namun, sayang sekali kerana terdapat segelintir usahawan yang tidak mahu mendapatkan pertolongan daripada golongan profesional.

Bagi mereka kejayaan lalu sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka sudah dan pernah berjaya dan tidak perlu pada pertolongan dari luar. Hanya kerana ego, mereka tidak dapat memahami hal tersebut.

Sesebuah perniagaan yang maju takkan dapat dicapai dengan hanya mendengar orang di sekeliling anda memuji dan memanjakan ego anda. Bagi usahawan yang kurang baik, kebenaran adalah sesuatu yang sangat menyakitkan untuk diakui.

David Ogilvy pernah berkata “ rekrutlah orang yang lebih pandai dari anda, kemudian biarkanlah mereka yang mengejarkannya.”

Kesimpulannya, jangan sampai kita dikaburi dengan kejayaan masa lalu dan merasakan kita tahu kesemua hal.

Jangan pernah takut untuk meminta nasihat, pandangan atau maklum balas dari mereka. Ini akan menjadikan perniagaan kita lebih berkembang dan maju kehadapan lebih baik daripada yang kita bayangkan.

 

P/S: Suka dengan artikel ini? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.

(Visited 787 times, 18 visits today)

Filed Under: Uncategorized

Comments

  1. Sabrijati says

    January 24, 2020 at 4:17 PM

    Setuju dengan pendapat bosskita. Mana mungkin nak dapatkan hasil atau result yang lebih baik andai kata cara kerja sentiasa sama dan tidak ada inisiatif atau keberanian untuk teroka dan upgrade diri.

    Pernah dengar pepatah growth or die. Berkembang, sentiasa tambah ilmu dan jangan pernah takut untuk mencuba perkara baru.

    Setiap pembaharuan yang dilakukan akan ada baik dan buruknya. Perasaan takut untuk mencuba tu pun dah tak bagus. Apa lagi memang tak buat langsung sebarang tindakan dan tak bersedia nak berdepan dengan apa saja cabaran yang bakal tiba.

    Dunia perniagaan sangat pantas, andai berada di takuk lama, kebarangkalian untuk sukses akan jadi semakin sukar. Terima setiap kesalahan sendiri, perbaiki dan fight the next challenge.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Artikel Popular Safuan Borhan

  • 5 Cara Kreatif Menghargai Pelanggan Anda
  • 5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek
  • 4 Teknik Pemasaran Offline Mudah
  • 5 Langkah Menghasilkan Copywriting Berkesan
  • 4 Cara Menghargai Pekerja Anda

Copyright © 2021 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in