Tentera dan usahawan adalah dua dunia yang sangat berbeza. Beza sangat-sangat.
Kenapa?…
Sebab tentera menjaga keamanan negara manakala usahawan meluaskan jajahan bisnes mereka. Tapi disini kita nak kongsi 3 ciri-ciri persamaan antara tentera dan usahawan.
1-Pelan
Dalam dunia ketenteraan perlunya pelan strategik dan taktikal terutama sekali dalam peperangan. Kegunaan pelan ini adalah untuk meluaskan lagi wilayah dan tanpa mengorbankan terlalu ramai perajurit. Pelan ini untuk meng
hadapi ancaman pihak musuh.
Tidak kurang hebat juga perlunya pada persiapan perang yang canggih seperti corvette, hidro dan frigate dan sebagainya.
Begitu juga dalam bidang keusahawanan dimana perlunya ada pelan strategik dalam perniagaan. Sekiranya tiada pelan dalam perniagaan maka modal pun hangus dan membawa kepada kerugian. Musuh dalam perniagaan lagilah ramai. Kata orang musush dalam selimut..
Oleh itu, untuk meluaskan wilayah perniagaan, tidak kurang hebat juga perlunya ada peralatan menyerang yang hebat. Antara peralatan yang diperlukan misalnya Facebook, Instagram, twitter, we chat dan sebagainya. Jadi kepada para usahawan, manfaatkanlah alatan perang yang ada untuk meluaskan lagi wilayah perniagaan anda.
2-Target
Dalam ketenteraan target utama adalah musuh semestinya dimana target adalah penting untuk mencapai hala tuju peperangan.
Begitu juga dalam bidang perniagaan, dimana usahawan yang berjaya sudah mempunyai target dan sasaran untuk disasarkan. Kata orang “orang yang tamak selalu rugi” kerana terlalu banyak target maka sasaran pun menyimpang.
Seperti seorang sniper, target utama adalah ketua peperangan yang perlu ditumbangkan. Hal ini juga sama dengan usahawan di mana perlu melepaskan tembakan pada satu komuniti agar lebih fokus dalam mengembangkan perniagaan mereka dan lebih mudah untuk meluaskan perniagaan mereka.
3-Semangat
Terakhir adalah senantiasa bersemangat Iaitu tidak pernah jemu, bosan dan tidak cepat mengalah dalam bidang yang diceburi. Bagi orang awam yang ingin terjun dalam bidang ketenteraan perlulah korban fizikal dan mental iaitu sanggup mengambil risiko dalam dunia ketenteraan.
Melakukan benda-benda pelik itu adalah kebiasaan bagi seorang tentera dimana untuk menguji fizikal dan mental mereka. Sekiranya anda mengalah dan berputus asa maka dipersilakan anda untu “keluar baris”.
Sama juga dalam bidang keusahawanan, gagal sekali tidak bermakna kita gagal selama-lamanya dan orang yang berjaya pernah merasai kegagalan malah kegagalan itulah yang menjadi kekuatan mereka dalam berjuang. Alangkah indah hidup ini sekiranya kita adalah insan biasa yang menjadi luar biasa agar dapat memberi inspirasi kepada masyarakat dimana kejayaan bukan datang secara bergolek
Sekiranya anda seorang yang cepat putus asa, maka anda juga dipersilakan juga keluar baris. Kerana dunia perniagaan disediakan kepada orang-orang yang sedia berkorban.
p/s: Suka dengan tips ini? Jom follow channel Telegram Safuan Borhan di SINI untuk belajar lebih banyak tips bisnes dan marketing.
Saya nk nota dari sifu…