Usahawan yang berkaliber adalah apabila kita mampu uruskan diri kita dan bisnes dengan baik. Kita mampu melaksanakan tugas dengan baik, mampu melakukan tugasan secara multi tasking, bijak dalam memilih keputusan dan disenangi oleh orang disekeliling kita.
Untuk menjadi usahawan yang terbaik, kita mestilah mampu menggalas tanggungjawab dan amanah dengan baik. Sekiranya kita mampu urus diri kita dengan baik, pastinya kita mampu urus bisnes dengan baik juga kerana setiap tanggungjawab dituding balik pada diri kita.
Namun begitu untuk menjadi usahawan yang terbaik tidaklah mudah seperti yang disangkakan. Ada saja halangan yang kita hadapi dalam kehidupan seharian kita. Berikut adalah masalah-masalah yang dihadapi oleh para usahawan yang mesti dielakkan:
1.Menangguh kerja
Amalan menangguh-nangguh ini mesti dielakkan dalam pekerjaan. Kadang-kadang kerja yang mudah pun menjadi sukar kerana sikap kita yang suka menangguhkan sesuatu kerja.
Akibatnya, kerja kita semakin banyak, maka akan menghasilkan kerja yang tidak berkualiti. So, itulah hasil dari last minute punya kerja. Amalkanlah prinsip “lakukan sekarang” supaya tidak membebankan kita di kemudian hari.
2.Mulakan kerja dengan banyak, tapi selesaikan sikit saja.
Kita mestilah mempunyai sikap yang produktif dimana kita mestilah menyelesaikan setiap perkara yang telah kita mulakan. Oleh, itu, kita dapat meneglakkan dari penangguhan kerja pada masa yang sama kita mampu menyelesaikan setiap masalah dengan efisien.
3.Tidak mampu kendali diri.
Hal ini adalah amat bahaya sebagai usahawan. Sekiranya kita tidak mampu untuk menyelesaikan diri kita, bagaimana kita nak selesaikan masalah orang dan urusan bisnes kita.
Seorang usahawan merupakan role model kepada masyarakat sebenarnya. Jadi, sekiranya kita tidak mampu untuk menguruskan diri kita, adakah masyarakat akan percaya pada kita dan yakin pada produk yang kita keluarkan? Fikirkan.
4.Terlalu banyak fikir tanpa pelaksanaan
Jika kita menghabiskan waktu hanya untuk berfikir dan bukan untuk menyelesaikannya, sebenarnya kita telah menunjukkan bahawa kita tidak dapat mengatur diri kita sendiri. Oleh itu jangan sia-siakan tenaga kreatif yang kita ada tapi gunakanlah untuk selesaikan segala masalah itu dari fikiran kita
5.Memikirkan kelemahan diri
Seorang usahawan yang baik tidak pernah mengkritik kelemahan yang ada pada diri mereka, malah mereka senantiasa positif dengan kelemahan yang mereka ada dengan mengembangkan lagi skill-skill power yang mereka ada untuk menutupi kelemahan mereka. Bagi mereka, setiap kelemahan itu boleh diubah kepada kemahiran dan sedikit-sedikit mereka berusaha untuk memperbaiki kelamahan itu.
6.Kerja seorang diri
Setiap pernigaan memerlukan team. Kita mestilah jauhkan diri dengan sikap suka buat kerja sendiri. Sebaik-baiknya kerjalah secara team kerana sesuatu kerja itu dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat. Berusahalah dengan berkomunikasi dengan orang lain bagi membangunkan network dalam team.
7.Tidak percaya pada diri
Tidak percaya pada diri merupakan salah satu kunci bahawa kita gagal dalam menguruskan diri dan juga bisnes. Kalau kita tidak percaya pada diri siapa yang akan percaya pada kita. Bagaimana masyarakat diluar sana ingin mempercayai kita. Oleh itu salah satu kunci untuk menjadi usahawan adalah percaya pada diri kita.
Kesimpulannya, mengatur diri secara efektif adalah persiapan yang baik untuk terajui bisnes baru. Ini bererti kita kenal dengan diri kita dan dapat menegnal orang lain serta dapat membangun hubungan yang baik dengan rakan sekerja dan pelanggan kita.
P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply