Kalau berbicara tentang online, memang takkan habis dan tiada kesudahan. Sebab topik ini mampu memberi kita banyak idea, pendapat mahupun cadangan. Ringkasnya, jikalau anda mempunyai skill tertentu, anda boleh membuat DUIT dalam talian saja.
1-Drop-shipping
Droshipping merupakan penjualan produk yang memungkinkan dropshipper menjual barang kepada pelanggan dengan bermodalkan gambar dari pembekal dan menjual kepada pelanggan dengan harga yang ditentukan oleh dropshipper. Jadi menjadi salah satu ahli drop-shipping juga boleh menjana income. Kalau aktif boleh cecah sampai ribuan ringgit okay.
2- Blogger
Blog juga mampu memberi pendapatan sekiaranya anda bijak menguruskannya. Ini kerana blog mampu menghubungkan para blogger pada jaringan yang luas. Contoh seperti blog TechCrunch adalah asalnya sebuah blog yang dicipta untuk meluangkan masa sebagai hobi. Namun, telah bertukar kepada bisnes iaitu telah dibeli dengan harga $25m.
3-Copywriter
Freelance sebagai penulis di sesawang mahupun blog dan laman web amatlah diperlukan untuk mendapatkan isi kandungan yang baik. Jadi manfaatkanlah skill penulisan anda dengan menggunakan sesuatu seperti eLance untuk mendapat bayaran.
4-Penulis e-book
Jika anda berpengetahuan mengenai subjek tertentu , mengapa tidak menulis buku yang singkat tentang hal itu dan menyiarkannya di laman sesawang? Sekarang ini e-book sudah menjadi trend bagi kalangan usahawan. Jadi, bagi sesiapa yang bercita-cita untukmenjadi usahawan, belilah e-book yang boleh membantu anda di pasaran sekarang.
5-Survey
Kerja survey ini adalah paling mudah. Yang penting anda boleh online. Maklumlah setiap syarikat mesti hendak menigkatkan saham dan jualan mereka bukan. Maka perlunya pada pandangan, pendapat atau cadangan daripada pihak awam. Lebih-lebih lagi syarikat yang memberi khidmat mereka kepada orang ramai. Bolehlah mereka tahu yang mana pilihan rakyat Malaysia.
P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply