SAFUAN BORHAN

Most en·gag·ing Internet Marketer In Malaysia

  • HOME

Berikan Manfaat Kepada User Melalui Website

April 22, 2016 by Safuan Borhan Leave a Comment

Untuk memiliki website yang baik, kita mesti mempunyai URL yang baik juga. Pastikan website kita menggunakan nama yang baik iaitu:

  • mudah untuk diingati,
  • mudah untuk dieja,
  • menggunakan nama bisnes yang kreatif,
  • sesuai dengan bisnes yang kita jalankan.

Jika kita telah menentukan nama website, step seterusnya adalah membangunkan website agar popular dan membangunkan kedudukan website itu.

3d illustration of three cranes building text 'web site' over white background

Berikut merupakan 5 perkara yang mesti kita lakukan agar dapat memberikan impak yang yang kepada pembaca disamping meningkatkan bisnes dan menambahkan kekuatan pada brand kita.

1.Informasi yang tepat

Berikanlah informasi yang tepat dan menarik dalam website. Untuk menambahkan bukti yang kukuh pada pembaca tambahkanlah pengalaman kita sepanjang menjalankan bisnes ini atau letakkanlah testimoni pelanggan.

Misalnya, sekiranya anda seorang wedding planner, anda haruslah meletakkan pengalaman anda mengenai majlis-majlis pernikahan yang telah menggunakan perkhidmatan anda. Ini membuatkan pembaca akan percaya dengan kredibiliti anda.

Antara kesalahan besar yang dilakukan seseorang ketika membuat website adalah mereka membuat website sesuai  apa yang mereka inginkan, bukan apa yang mereka perlukan.

Misalnya sekiranya anda seorang pengusaha restoran, anda kena selalu rajin menyampaikan maklumat yang berkaitan makanan, menu dan perkara yang barkaitan dengan bisnes yang anda jalankan.

2.Informasi contact

Informasi contact adalah perkara yang amat penting dalam perniagaan kerana disitulah untuk pembaca mengakses kepada owner website untuk membeli atau menanyakan soalan dengan lebih lanjut. Justeru itu, buatlah informasi contact yang simple dan mudah untuk menyenangkan pembaca berhubung.

Elakkan

  • Meletakkan informasi contact dalam bentuk teks
  • Meletakkan gambar yang tidak berkaitan pada informasi contact kerana mungkin akan menyusahkan pengunjung menyalin informasi

Galakkan

[+] Berikan contact yang mudah untuk dihubungi

[+] Informasi contact yang pelbagai seperti fb, twitter dan sebagainya.

Pembaca akan berasa jengkel sekiranya nombor yang dihubungi tidak dilayan dan menyebabkan boleh menjejaskan perniagaan kita.

contact us icon

3.Navigasi yang mudah

Ketika membuat website, pastikan petunjuk ataupun arahan yang diberikan adalah mudah untuk difahami. Misalnya menggunakan nama yang familiar seperti FAQ, contact, about, dan sebagainya.

Ketika mana untuk membuat navigasi, kita mesti tentukan term-term yang sesuai agar pelanggan cepat faham. Oleh itu perlunya strategi yang digunakan seperti dalam penggunaan term seperti order/pesan, email, menjadi member dan sebagainya. Walaubagaimanapun, anda adalah penentu kepada website anda.

4.Networking

Seperti yang kita sebut di atas tadi dalam point yang kedua iaitu informasi contact. Pastikan website kita integrasi dengan platform media social seperti twitter, facebook,youtube dan lain-lain lagi sebagai satu cara untuk promosi kerana media social mempunyai peranan penting bagi seisi dunia pada hari ini. Iaitu maklumat di hujung jari.

Kiev, Ukraine - May 20, 2013 - Hand pointing on keyboard with social media logotype collection of well-known social network brand's placed on keyboard buttons. Include Facebook, YouTube, Twitter, Google Plus, Instagram and more other logos.

Oleh itu, pastikan kita senantiasa update website kita kerana sekiranya tiada update terbaru akan menyebabkan pembaca berasa bosan dan kemungkinan tidak akan membaca dan mengunjungi lagi website kita.

5.Serabut

Website yang kita bina sebaik-baiknya adalah simple, tidak terlalu penuh dengan fitur-fitur yang kurang baik pada website seperti:

  • Muzik
  • Flash
  • Perkara yang bersifat autoplay

Ini mungkin sahaja memberi ketidak selesaan kepada pengunjung.

Ringkasnya, pembinaan website dapat membantu merancakkan lagi industri bisnes. Sedikit sebanyak pengenalan website mampu memberi transformasi dalam industri perniaagaan dan keusahawanan. Dengan wujudnya website, banyak maklumat dan info-info yang menarik yang boleh kita dapat dengan mudah.

Oleh itu, dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan pada kita. Oleh itu, kepada usahawan di luar sana manfaatkanlah sebaik-baiknya pembinaan website ini agar dapat mendominasikan bisnes anda di luar sana.

 

P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.

(Visited 105 times, 1 visits today)

Filed Under: Uncategorized

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Artikel Popular Safuan Borhan

  • 4 Teknik Pemasaran Offline Mudah
  • 5 Cara Kreatif Menghargai Pelanggan Anda
  • 5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek
  • 4 Cara Menghargai Pekerja Anda
  • 5 Langkah Menghasilkan Copywriting Berkesan

Copyright © 2025 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in