Melihatkan landskap ekonomi hari ini, amatlah penting untuk syarikat mempunyai pekerja yang gembira dan produktif. Apabila pekerja setia dalam syarikat itu, keuntungan adalah lebih tinggi.
Sebaliknya, apabila pekerja itu tidak produktif dan tidak bermotivasi maka mereka merasa malas atau tidak bernilai dan impaknya adalah kepada syarikat itu di mana ia akan membawa kepada reputasi yang menurun.
Selain itu, kajian menunjukkan bahawa hubungan yang baik antara bos dan pekerja dapat menyumbang kepada prestasi yang baik dalam syarikat dan bersedia untuk berkhidmat dengan lebih daripada biasa.
Artikel kali ini kita akan fokus pada “leadership dan managing” dalam pernigaan. Kepuasan dan kebahagiaan pekerja dipengaruhi oleh faktor-faktor yang melebihi kepentingannya daripada wang dalam pekerjaan mereka.
Dan semua ini memerlukan kerjasama yang baik antara bos dan para pekerja supaya dapat menghasilkan output dengan level tertinggi. Mari kita lihat 5 perkara yang diinginkan pekerja di tempat kerja berbanding wang:
1. Pekerja ingin rasa dihargai
“Hanya mengucapakan terima kasih kepada pelanggan kita, bahkan dengan telefon untuk sekadar mengucapkan “terima kasih”, akan meningkatkan bisnes kita sebnayak 17%”
Begitu juga dengan pekerja kita. Bukanlah nilai wang yang mereka inginkan semata-mata dalam pekerjaan tetapi sedikit penghargaan akan menjadikan pekerja lebih bersemangat untuk menyumbangkan bakat yang mereka ada dalam pekerjaan mereka.
2. Pekerja ingin rasa dipercayai dalam pekerjaan mereka.
Salah satu sebab kita memilih seseorang itu untuk bekerja di bawa syarikat kita adalah atas dasar kepercayaan. Oleh itu, terbitkan rasa kepercayaan kita pada para pekerja kita.
Sekiranya kita tidak ada nilai kepercayaan kepada para pekerja kita, maka, sebaik-baiknya kita lakukan sendiri pekerjaan itu dan tidak perlu untuk mencari pekerja di luar sana.
3. Pekerja memerlukan kedamaian
Apa yang dikatakan kedamaian adalah dari segi keselamatan ketika di tempat kerja sepeti bebas dari ancaman fizikal atau mental seperti dibuli, gangguan dan sebaginya.
4. Pekerja inginkan arahan yang tepat, jelas dan nyata.
Apabila memberi arahan kepada pekerja, berilah arahan yang jelas, tepat dan nyata. Hal ini supaya pekerja dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada tugas yang bakal mereka lakukan.
Dan sebaik-baiknya adalah arahan itu diperintahkan pada waktu yang awal dan bukannya last minute dan perlu dihantar tugasan pada waktu yang terdekat. Misalnya memberi tugasan sebegini dan menghantar tugasan pada waktu sekian.
5. Persekitaran tempat kerja yang baik.
Memberikan ruang atmosfera yang baik kepada pekerja seperti susun atur pejabat adalah untuk memaksimumkan produktiviti pekerja. Pekerja memerlukan ruang yang cukup untuk bekerja, mempunyai peralatan dan bahan-bahan yang cukup dan persekitaran ang menyenangkan dan selesa. Perkara-perkara ini mampu untuk menjadikan pekerja lebih produktif dalam melaksanakan pekerjaan mereka.
Cuba bayangkan segala peralatan tidak cukup untuk kerja, tentu mood untuk bekerja tidak ada bukan?
P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply