SAFUAN BORHAN

Most en·gag·ing Internet Marketer In Malaysia

  • HOME

BAHASA – Perkara Mudah Yang Diambil Mudah Oleh Pemilik Bisnes

April 22, 2016 by Safuan Borhan Leave a Comment

“Bahasa menunjukkan bangsa”

Ungkapan di atas adalah salah satu pepatah melayu yang sehingga kini masih kuat dipegang.

Walaubagaimanapun, kewujudan media sosial seperti Facebook dan Twitter telah sedikit sebanyak mempengaruhi terma bahasa yang digunakan oleh pemilik bisnes.

Kepentingan bahasa di dalam urusan bisnes digambarkan apabila pelanggan hanya akan membeli apa yang mereka faham fungsi dan mesejnya sahaja.

Kekuatan Bahasa Sebagai Medium Bisnes

Syarikat-syarikat gergasi seperti Apple dan Facebook berani untuk melaburkan wang, masa dan tenaga demi memastikan dua (2) bahasa utama yang digunakan oleh masyarakat Malaysia dapat digunakan di dalam medium bisnes mereka:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris

Facebook dan Apple. Dua-dua syarikat besar. Bagaimana pula dengan syarikat tempatan yang kecil? Dengan menjadikan mereka sebagai contoh, apa yang bisnes kecil ini boleh lakukan? Teruskan membaca di bawah.

Languages of the world word cloud illustration. Word collage concept.

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa

Kita lihat contoh di bawah:

1. Singkatan perkataan yang keterlaluan

Saya bukan “sy’

Balik bukan “blk”

Tanya bukan “tny”

Ini kesilapan besar yang pertama. Pelanggan yang pening dengan singkatan bahasa anda adalah pelanggan yang berpotensi lari dari menjadi salah seorang prospek bisnes anda.

Bagi pelanggan, mereka mudah untuk melabel anda sebagai matang dan professional atau sebaliknya hanya dengan melihat penggunaan bahasa anda.

Dalam proses menjual, mesej yang difahami oleh pelanggan adalah lebih penting daripada penjimatan ruang semasa menulis mesej jualan.

2. Ayat yang panjang.

Semasa proses memasarkan produk di laman social media, kredibiliti dan reputasi bisnes boleh musnah sekiranya peniaga tersilap menggunakan bahasa.

Baris-baris ayat yang panjang dan meleret-leret hanya akan membuatkan prospek mengambil masa yang lama untuk menghadam maklumat yang anda cuba sampaikan.

Biasakan diri menulis ayat yang mempunyai maksimum 3 baris sahaja.

3. Pemasaran tanpa bahan visual

Setiap prospek mempunyai cara tersendiri dalam menghadam maklumat. Medium informasi yang pelbagai seperti gambar, infografik, dan pautan yang berkaitan dengan produk yang dijual boleh menyumbang kepada jualan.

Kajian oleh pakar pemasaran social media telah membuktikan gambar lebih berkesan di dalam kempen pemasaran bisnes.

bahasa3

KAJIAN KES: 2 Iklan Bahasa

Bandingkan dua ayat iklan di bawah:

Ayat iklan pertama,

“Prdk jenama ABC ni mmg bgs utk kegunaan org rmi di luar sanew”

Ayat iklan kedua,

“Produk jenama ABC ini memang bagus untuk kegunaan orang ramai di luar sana.”

Pilihan yang kedua adalah lebih dekat di hati pelanggan yang membaca. Elakkan melakukan kesilapan mudah semasa menggunakan bahasa dalam bisnes.

Saya Beli Apa Yang Saya Suka

Pemilik bisnes yang menyalahgunakan bahasa ketika berniaga di laman social akan menyebabkan kredibiliti bisnes tersebut musnah.

Setiap patah kata dan penggunaan bahasa perlu dikaji sebelum digunakan di laman social. Bisnes yang meletup ataupun melingkup, banyak disebabkan oleh bahasa.

Kecantikan bahasa bisnes adalah kecantikan social bisnes!

bahasa5

 

p/s: Bagi anda yang belum join channel Telegram Safuan Borhan, boleh join di SINI. Banyak ilmu bisnes akan dikongsikan di situ.

(Visited 186 times, 1 visits today)

Filed Under: Uncategorized

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Artikel Popular Safuan Borhan

  • 4 Teknik Pemasaran Offline Mudah
  • 5 Cara Kreatif Menghargai Pelanggan Anda
  • 5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek
  • 5 Langkah Menghasilkan Copywriting Berkesan
  • 4 Cara Menghargai Pekerja Anda

Copyright © 2023 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in