4 kesilapan utama yang mewakili 79% daripada kesuluruhan kegagalan yang ramai lakukan.
1- Menjual sesuatu yang tidak diperlukan oleh orang lain (36%)
2- Gagal menggaji staf yang bagus (18%)
3- Kurang fokus (13%)
4- Gagal untuk memasarkan dan menjual (12%)
Jadi, apakah cara terbaik untuk hindari kegagalan ini?
1-Validate. Dah berbuih orang ajar supaya validate dulu permintaan kepada sesuatu produk sebelum mengambil keputusan untuk menjualnya. Kita bukan nak syok sendiri. Bukan nak jual apa yang kita suka sahaja, tetapi perlu ambil pusing juga samada produk itu orang lain suka atau tidak.
2- Jika tidak mampu untuk menggaji staf yang bagus, apa salahnya kita outsorce sahaja mereka yang pakar untuk membantu kita dalam sesetengah perkara. Gunalah kepakaran mereka untuk mengembangkan lagi bisnes kita.
3- Apabila bisnes kita sudah menampakkan pertumbuhan memberangsangkan, jangan sesekali hilang fokus dan arah tuju. Apa-apa yang tidak berupaya menambah nilai kepada pelanggan kita, abaikan sahaja perkara itu.
4- Jika kita mempunyai produk yang mempunyai super power sekali pun, tetapi tiada orang yang tahu tentang produk itu, tak guna juga. Fokus kepada marketing plan dan jangan lokek membelanjakan wang untuk marketing. Jangan bergantung kepada orang lain untuk melakukan jualan untuk kita sehinggalah kita sendiri terlebih dahulu mampu meletopkan jualan. Bina hubungan yang baik dengan prospek dan mereka akan menjadi pelanggan setia kita.
5- Paling penting, belajar daripada setiap kesilapan yang kita telah lakukan. Jangan biarkan kesilapan silam menenggelamkan kita ke dalam lembah kegagalan hakiki.
p/s: Jom follow channel Telegram Safuan Borhan di SINI untuk terus belajar tentang bisnes dan pemasaran.
Leave a Reply