Setiap hari kita akan melakukan pitching tanpa kita sedar. Kita melakukan pitching dalam surat-surat kita, mengundang tetamu ke majlis-majlis keramaian, mengajak sesorang untuk berjumpa bahkan seseorang yang menulis email ke sebuah syarikat untuk memberitahu masalah produk atau servis yang tidak best.
Kiranya, pitching bukan hanya berlaku untuk penulis professional yang bekerja untuk public relation atau usahawan yang sedang mencari modal dari venture . Oleh itu, pentingya kita untuk melakukan pitching agar orang tertarik dengan setiap penulisan yang kita tulis dan kata-kata yang kita sampaikan.
1.Dapatkan bantuan dari professional
Dapatkanlah bantuan profesioanl ketika mana anda belajar untuk membuat pitching ataupun meminta pendapat dari kenalan atau kawan-kawan kita. Ajaklah seseorang untuk membaca atau mendengarkan pitch kita dan minta mereka untuk bersikap kejam dan jujur.
Dari situ, kita dapat lihat adakah pitch kita mampu menarik perhatian orang ataupun tidak. Sekiranya pelanggan tidak faham apa yang kita jual, ini bermakna ada kekurangan dalam pitching yang dihasilkan.
2.Pitch yang singkat
Jangan biarkan bakal pelanggan kita mengatakan TIDAK!!
Semakin banyak atau lama kita memberi penerangan untuk sesuatu produk, maka semakin banyak informasi yang boleh dipertikaikan oleh pelanggan untuk menjatuhkan kita dan menanyakan pelabagi soalan. Ini juga boleh membuatkan pelanggan kita berasa bosan dengan bebelan kita.
Lantaran itu, sebaik-baik pitch adalah yang singkat, ringkas dan padat. Oleh itu, bagi mereka yang benar-benar berminat dalam bidang perniagaan ini, sebaik-baiknya anda menyelami dan mempelajari bidang pitch ini kerana ini merupakan satu strategi dalam marketing produk anda pada pelanggan.
3.Pitch dan diri anda
Anda menjual pitch, pada masa yang sama anda menjual nama anda. Oleh itu pentingnya first impression kita di mata orang ramai dimana kita menjual keyakinan, kepercayaan karakter pada orang lain,maka jika pelanggan tidak mahu membeli kepercayaan kita,maka pitch yang kita bawa juga adalah sia-sia walaupun pitch itu adalah hebat. Justeru, tujuan utama setiap pitching adalah menjual ketrampilan anda kepada orang lain.
4.Mainkan kelebihan Anda
Carilah pengisian yang terbaik ketika membuat pitching iaitu:
- Bahan yang ingin didengar oleh pelanggan
- Bahan pitching yang anda boleh kita tonjolkan dengan baik
Kita mestilah bijak dalam bermain dengan bahan-bahan yang ada untuk menarik perhatian pelanggan misalnya kita boleh beri gambar rajah ketika mana menerangkan sesuatu perkara. Sekiranya kelebihan kita dalam komunikasi, maka gunakanlah kelebihan kita ini untuk membeli pelanggan kita.
Oleh itu, telinga audiens atau pelanggan kita bekerja keras untuk mendengar setiap butir perkataan yang kita sampaikan dan mata mereka akan tumpu pada slide-slide yang berada di depan mereka. Oleh itu, mereka akan lebih khusyuk dalam mendengar apa yang kita sampaikan.
Oleh itu, pentingnya pitch ini dalam taktik perniagaan dimana dapat membantu kita untuk meningkatkan jualan kita dan mengembangkan lagi bisnes kita.
P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply