Pemberian diskaun harga atau perkhidmatan kepada pelanggan anda adalah salah satu idea kritis dan strategi dalam meningkat jualan anda. Sebab apa?
Pelanggan=Diskaun bukan??
Walaubagaimanapun, pemberian diskaun ini ada kalanya memberi perspektif yang negatif oleh itu ia umpama mengundang bahaya kepada anda sebagai penjual juga.
Kenapa???
1.Mengurangkan sesuatu yang dinamakan diskaun.
Walaupun pemberian diskaun dilihatkan mampu meningkatkan jualan anda tapi kadangkala pemberian diskaun juga memerlukan kepada pengurangan.
Jika anda memberi diskaun pada produk anda, mungkin anda memberi pengurangan pada cara pembuatan produk menggunakan bahan-bahan yang kurang kualiti dan perkhidmatan yang dinamakan sebagai diskaun.
Walaupun strategi ini menampakkan peningkatan yang berlipat ganda, tapi pada masa yang sama mungkin boleh membawa keburukan kepada pelanggan anda. Pelanggan walaupun membeli produk dengan harga diskaun, namun mereka mahukan kualiti yang bagus.
Kata-kata yang selalu kita dengar “patutlah harga murah, kualiti takde rupanya”.. Sekali pelanggan anda berkata begini, anda bukan sahaja kehilangan pelanggan dan duit, malah reputasi anda juga sudah tercemar.
2.Diskaun menandakan anda “stress”
Ada yang beranggapan bahawa pemberian diskaun adalah tanda “Stress” kerana jualan atau produk anda tidak mendapat sambutan hangat dari orang ramai.Maka, untuk meningkatkan bisnes anda, strategi diskaun dapat menarik perhatian pelanggan anda.
Jadi, peluang-peluang beginilah kebiasaanya akan diambil oleh pesaing-pesaing anda untuk meningkatkan jualan mereka pada masa yang sama…
Dengan rendahkan harga jualan mereka kepada pelanggan. Maka, peluang anda untuk meningkatkan jualan anda semakin susah.
3.Kelemahan produk
Tanpa anda sedar, anda akan mendedahkan kelemahan produk anda.
Bagaimana??
Harga adalah benchmark untuk sesuatu produk. Hal ini adalah kerana mentaliti kita dimana barang yang mahal berasal dari kualiti yang bagus dan sebaliknya. Sekiranya anda selalu menjalankan jualan anda dengan harga diskaun dan promosi, ini memberi tanda produk anda mungkin mempunyai kekurangan.
Anda sebenarnya mungkin mempunyai produk yang baik di pasaran, tetapi dengan memberi harga diskaun anda bukan sahaja menolak tetapi menjatuhkan nilai itu.
Apa yang dikehendaki pelanggan anda adalah hubungan yang confidence antara anda dengan pelanggan melalui produk anda dan kepuasannya adalah berdasarkan kualiti yang ada produk tersebut.
Jadi, tentukan pilihan anda untuk meningkatkan jualan anda. Anda pasti mempunyai sebab untuk menyakinkan pelanggan anda untuk memilih produk anda.
Sebaik-baiknya anda fokus kenapa produk anda yang sememangnya patut dibeli dimana prospek merasakan berbaloi-baloi mereka melaburkan duit mereka pada produk anda disamping memikirkan harga.
Ini akan menjadikan pesaing anda lebih kompetitif untuk bersaing dengan anda dan memberi inspirasi kepada pelanggan anda untuk senantiasa mengambil tahu mengenai prosuk anda.
Diskaun???
Fikir-fikirkanlah…
P/S: Minat dengan pendapat ini?Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply