Amy Cuddy, ahli Psikologi dari Harvard Business School berpendapat bahawa pertemuan pertama adalah sangat penting dalam sesuatu perjumpaan. Kerana pada perjumpaan pertama ini akan tersirat beberapa soalan dalam benak kepala kita iaitu:
- boleh ke aku percaya pada orang itu?
- boleh ke aku percaya pada kemampuan dia?
Menurut Cuddy sebanyak 80-90 peratus perjumpaan pertama adalah berdasarkan kepada dua soalan di atas tadi. Sedar atau tidak, apabila kita bertemu dengan orang baru, masing-masing akan selalu bertanya pada diri” boleh ke aku percaya bahawa dia ni ada niat baik dekat aku?” dan “mampu ke orang ni?”
Kita selalu anggap bahawa sifat kompeten adalah faktor paling penting tetapi menurut kajian Cuddy faktor yang paling penting adalah kepercayaan. Hebat macam mana seseorang itu, nilai kepercayaan adalah lebih tinggi.
Oleh itu sangat penting untuk kita mengambil kepercayaan orang lain. Menurut Cuddy lagi “ sekiranya anda cuba untuk mempengaruhi orang tetapi orang itu tidak mempercayai kamu, in fact, orang tidak akan mempercayai kamu bahkan mengesyaki kamu”
Oleh itu, kepercayaan adalah sangat penting untuk perjumpaan buat pertama kali. Oleh itu anda perlu berusaha untuk menjual keprcayaan anda supaya orang lain hendak membelinya.
Di sini terdapat 6 tips yang anda boleh lakukan apabila mempunyai perjumpaan buat pertama kali dan membina kepercayaan.
1.Benarkan orang yang anda bertemu cakap dahulu.
Memulakan perjumpaan anda dengan mendahulukan si dia memulakan perbualan disamping anda juga boleh menanyakan soalan yang baik kepada dia.
Biarkan saja dia mengetuai perbualan ini supaya akan timbul kepercayaan antara anda dengan si dia. Hal ini adalah kerana kepercayaan datang apabila dua kepala saling memahami dan memerlukan kepada perkongsian bersama.
Maka nilai kepercayaan akan dapat timbul antara anda denga si dia.
2.Gerak tubuh yang positif
Mulakan perjumpaan pertama anda dengan menonjolkan gerak tubuh yang positif, nada suara yang baik iaitu yang jelas dan cergas.
Tiada persilangan tangan, jaga pandangan mata anda dengan memberi fokus kepada segala percakapan si dia supaya dia dapat rasakan anda dengar dengan penuh teliti dan bersungguh mendengar percakapan si dia.
3.Pastikan Phone Dalam Nada Senyap
Ia adalah snagat mustahil untuk membina kepercayaan dan pada masa yang sama anda leka dengan phone anda.
Hal ini akan menyebabkan kepercayaan anda di mata si dia kan hilang begitu saja. Kerana anda lebihkan phone berbanding si dia yang tengah bersungguh-sungguh bercakap di hahadapan anda.
4.Perbualan yang santai
Bunyi macam pelik tapi tak pelik pun sebenarnya. Kajian menyatakn perbualan yang santai dalam masa 5 minit atau kurang 10 minit akan menghasilkan keputusan yang sangat memberangsangkan.
Ramai orang sangka perbualan yang kosong adalah sia-sia dan buang masa. Walhal secara tidak langsung mampu dapat membina hubungan antara anda denga si dia.
5.Praktis menjadi pendengar yang aktif.
Pendengar yang aktif ialah anda sangat memberi tumpuan kepada si dia apabila si dia sedang berbicara berbanding anda yang menyatakan tentang rancangan anda.
Persolan yang baik dari anda adalah salah satu cara yang menandakan anda seorang yang sangat memberi perhatian kepada si dia.
6.Kajian dan pembacaan
Orang suka apabila anda mengetahui perkara-perkara tentang mereka dimana mereka tidak perlu lagi berkongsi sebaiknya…
anda membuat sedikit kajian dan pembacaan untuk mengetahui sedikit latar belakang seseorang atau organisasi untuk menunjukkan…
kecekapan, kebolehpercayaan, inisiatif serta tanggungjawab anda. Ini menunjukkan anda sangat berminat dengan si dia.
Membina kepercayaan amat susah pada zaman ini. Sekali kita menipu, nilai kepercayaan itu susah untuk dibina lagi.
Oleh itu, pentingnya pertemuan pertama anda dengan seseorang atau organisasi supaya anda dapat membina keyakinan orang lain pada anda serta nilai kepercayaan.
P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply