“nak jadi entrepeneur ni perlu kaya ke ?” atau “layak ke aku nak jadi usahawan?” Kaya bukan menjadi ukuran kita boleh jadi usahawan ataupun tidak.
Sekiranya anda mempunyai 10 ciri-ciri berikut, bersediakah anda untuk menjadi usahawan?
1.Kebebasan
Sekiaranya kita suka pada kebebasan iaitu tidak suka terikat pada mana-mana organisasi, anda adalah calon yang sesuai untuk menjadi seorang entrepreneur.
Hal ini adalah kerana seoarang entrepreneur bebas untuk melaksanakan perniagaan pada bila-bila masa tak kira waktu. Semuanya terpulang pada kita.
2.Disiplin
Untuk menjadi seorang usahawan kita mesti disiplin dalam setiap aspek dari segi masa, kesihatan dan banyak lagi. Kalau setiap hari nak cuti, bila pula masa untuk bekerja.
Sekiranya kita tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan asyik ditimpa sakit, bagaimana kita nak menjalankan perniagaan?. Maka, kita perlu disiplinkan diri dengan bercita-cita mengembangkan lagi perniagaan.
3.Visi dan misi
Seorang entrepenenur mestilah mempunyai visi dan misi. Apa visi dan misi kita untuk berniaga? Untuk mengaut keuntungan saja ke? Untuk beribadah ke? Untuk suka-suka sahaja ke? Untuk dikenali ramai ke?
Apa pun visi dan misi kita, yang semestinya adalah jauh ke depan. Walaupun visi dan misi kita jauh ke depan, tapi pastikan kita mampu melaksanaknnya. Kalau setakat impian je, tapi tidak laksanakan memang tidak tercapai misi dan visi.
4.Pengorbanan
Adakah kita sanggup berkorban? Untuk menjadi entrepreneur ini juga memerlukan pengorbanan. Berkorban masa dengan keluarga, suami atau isteri, anak-anak, hobi dan sebagainya.
Kita perlu melakukan pengorbanan untuk mendapatkan hasil yang baik dalam jangka masa panjang.
5.Integriti dan kejujuran
Nilai jujur dan integriti wajib ada dalam diri seorang usahawan. Bekerjalah dengan penuh kejujuran dan integriti. Pasti ramai yang suka denga kita.
Apabila sekali sahaja kita tidak jujur, maka hancurlah segala kepercayaan yang dibina selama ini, dan untuk membina semula kepercayaan memerlukan jangka masa yang sangat pangjang.
6.Selalu mencari peluang
Seorang entrepreneur selalu mencari peluang untuk mengembangkan perniagaannya. Bagaimana mereka mencari pelunag?
Mereka mencari peluang dengan menjadikan setiap masalah yang mereka lihat, rasakan dan dengar adalah satu peluang untuk menjana idea baru.
7.Produk yang unik
Kebanyakan entrepreneur memiliki idea yang sangat banyak dalam kepala mereka.
Namun untuk menjadi usahawan yang berbeza dengan usahawan yang lain, kita mestilah memiliki satu idea yang unik iaitu untuk membezakan kita dengan orang lain.
8.Positif
Seorang entrepreneur mesti memiliki minda yang positif. Hal ini adalah kerana minda yang positif ini akan membawa hala tuju perniagaan.
Dalam pemikiran mereka, mereka tidak akan kata mereka TIDAK TAHU, tapi akan sentiasa berfikiran SAYA AKAN FIKIRKAN. Dimana seorang entrepreneur senantiasa akan belajar benda baharu dari semasa ke masa.
Dan menjadikan pembelajaran adalah satu perkaran yang menarik dan bukannya merasakan mereka adalah LEMAH.
9.Kesihatan
Seperti yang kita sebut pada nomor dua tadi iaitu disiplin dalam bab kesihatan. Dimana kita mestilah menjaga kesihatan dengan baik. Maka, mudahlah untuk kita melaksanakan tugas dengan baik.
10.Percaya diri anda sebagai seorang usahawan.
Tunjukkanlah bahawa kita bangga dengan visi kita. Oleh itu, kita akan merasakan visi kita semakin dekat dan bakal tercapai.
Inilah 10 ciri bahawa anda adalah seorang usahawan. Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri untuk menjadi seorang usahawan. walaupun anda memiliki ciri-ciri tersebut…
Bersediakah anda untuk menjadi seorang usahawan?
Tepuk dada, tanya pada diri anda…
P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply