SAFUAN BORHAN

Most en·gag·ing Internet Marketer In Malaysia

  • HOME

Adakah Perniagaan Anda Menuju Kegagalan?

April 12, 2016 by Safuan Borhan Leave a Comment

Gulung tikar dan muflis adalah perkataan yang sinonim dalam bidang perniagaan. Banyak perniagaan yang muflis hanya beberapa tahun selepas dimulakan.

Lebih buruk lagi, ada perniagaan yang gulung tikar walaupun beberapa bulan saja  beroperasi.

Di sini saya nak kongsikan 10 faktor  mengapa  sesebuah perniagaan menghadapi kegagalan.

1- Gagal merancang

Bukan gagal buat kertas kerja perniagaan ok! Tak ada kertas kerja pun takpe yang penting ada perancangan yang jelas terhadap bisnes yang nak dilakukan.

plan to fail

2- Tidak ada jiwa dengan perniagaan yang dijalankan.

Kalau tidak ada minat, maka tidak akan ada kesungguhan maksimum atau minimun dalam bisnes yang dijalankan.

3- Tiada ilmu dan pengalaman

Nak berniaga ni mestilah ada ilmu atau pengalaman supaya dapat jadi bimbingan dan panduan. Ni tidak!! Ilmu malas nak cari pengalaman lagilah takde.. alamatnye tutuplah bisnes.

4- Tiada sasaran

Kebanyakan orang sekarang berniaga sebab trends. Jadi bila ikut trends, perniagaan mereka tiada hala tuju.

5- Tiada fokus

Masalah utama ramai daripada kita adalah tidak fokus pada sesuatu perniagaan yang diusahakan. Teruja melakukan semua kerja di dalam satu satu masa. Nasihat saya, fokuslah pada satu perkara dahulu…

Businessman shooting arrows

6- Gagal melayan pelanggan

Kalau anda layan pelanggan dengan cara yang buruk, ade ke pelanggan yang nak beli???

7- Tidak menyimpan data

Ini termasuklah rekod kewangan keluar dan masuk, rekod dan dokumen perjanjian, rekod dan segala resit penting bukti pembayaran, rekod penghantaran, rekod password domain, rekod sijil atau lesen dan sebagainya.

8- Tiada keunikan berbeza

Tidak adanya satu alasan yang kukuh kenapa orang perlu beli dari anda dan bukannya orang lain. Tiada perkara itu bakal membuatkan anda gulung tikar dengan mudah.

 

9-  Tidak menyimpan

Kita perlu menyimpan dengan tujuan untuk mengembangkan perniagaan kita. Wang itu juga boleh digunakan ketika kecemasan misalnya untuk membeli atau membeli peralatan.

 

10- Mudah lupa diri

Ramai orang mudah lupa diri bila nampak duit banyak depan mata.. macam-macam nak beli, barulah nampak gaya orang bisnes katanya… Kemudian bila modal awal dah terusik, banyak perancangan menjadi tergendala kerana kekurangan wang.

 

P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.

(Visited 203 times, 1 visits today)

Filed Under: Uncategorized

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Artikel Popular Safuan Borhan

  • 4 Teknik Pemasaran Offline Mudah
  • 5 Cara Kreatif Menghargai Pelanggan Anda
  • 5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek
  • 4 Cara Menghargai Pekerja Anda
  • 5 Langkah Menghasilkan Copywriting Berkesan

Copyright © 2025 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in