Penjenamaan atau “branding” merupakan salah satu aspek penting dalam menentukan kejayaan sesebuah produk. Kepentingan ‘branding’ ini adalah bergantung pada seseorang atau sesebuah syarikat.
Sebab apa???
Ada orang memerlukan pada branding bagi melariskan jualan atau produk dan ada juga yang tidak perlu. Ringkasnya, lain orang lain strateginya bagi meluaskan lagi pemasaran atau perniagaan mereka.
Saya ambil contoh jenama besar seperti Prokas. Mereka hanya fokus pada mengukuhkan jenama sahaja memandangkan mereka mempunyai agen yang ramai. Mereka hanya perlu lebarkan jaringan ‘brand’ supaya agen menjadi lebih mudah untuk membuat jualan.
Begitu juga strategi jenama besar lain seperti Ephyra, Dian Vitamin dan lain-lain.
Oleh itu, ia adalah satu kesilapan jika kita menganggap setiap strategi itu berkesan untuk semua orang kerana branding bukanlah keutamaan dalam perancangan perniagaan. Ada orang mungkin tak perlu kepada strategi yang sama.
Sebelum memulakan perniagaan, anda perlu kaji dan fahami sedalam-dalamnya model perniagaan yang bakal anda laksanakan, jaringan dan kekuatan yang anda miliki.
Setiap daripada kita pasti mempunyai impian setinggi langit bukan?
Justeru itu tukarkan impian anda itu kepada tindakan yang bakal anda laksanakan. Namun begitu, ia menjadi satu kesilapan apabila anda menjadikan kata-kata orang berjaya sebagai satu kemestian buat anda kerana lain orang lain caranya. Bisnes kita,resepi kita, cara kita dan kita yang tahu apa perancangan kita. Kata-kata orang yang berjaya hanyalah sebagai rujukan dan panduan untuk susun semula perancangan pernigaan kita.
Cuba kita sama-sama renungkan hal ini.
Andaikata, kalau chef ajar jangan letak cili padi dan lebihkan asam jawa, anda anak ikut 100% ke?
Sedangkan anda adalah peminat tegar masakan pedas..
Sama juga dalam perniagaan tidak semua perkara kita boleh ikut orang kerana pengakhiran keputusan adalah di tangan anda sebab itu adalah bisnes anda, keputusan anda, berjaya atau tidak jangan tuding jari anda pada orang lain.
Sekiranya anda baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang perniagaan, sebaik-baiknya anda kecilkan pengedaran jenama anda dulul.
Kenapa?
Lebih mudah untuk fokus pada prospek dan bersesuian dengan bajet permulaan anda.
Jenama itu penting atau tidak penting bergantung model bisnes yang anda pilih.
Bisnes tanpa jualan lama-lama akan lingkup dan tutup kedai. Jenama bukanlah sekadar logo, lambang, diskaun dan sebagainya tapi, jenama itu adalah simbolik kepada bisnes yang anda jalankan berada di tahap mana pada pandangan prospek.
P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply