“TEST je semua dan BUANG segala tanggapan”
Nahhh!!!.. Ini masalah kita, belum buat dah assume macam-macam, tak pasti lagi keputusan sesuatu perkara, dah fikir macam-macam.. lepas tu tanggapan negatif lagi banyak daripada positif..
Ungkapan di atas merupakan salah satu strategi untuk meningkatkan jualan secara online.
Bagaimana???
Dengan menjalankan ujikaji, kita dapat tahu sama ada rangka kerja kita itu bagus atupun tidak… Maka sangat pentinglah untuk melaksanakan ujikaji dulu sebelum memberi andaian dalam kehidupan seharian kita.
Anatara ujikaji yang boleh kita lakuakan bagi menjana income secara online meningkat adalah seperti berikut:
1- Menawarkan produk dan perkhidmatan di Home Page anda
Dalam hidup ini janganlah tamak sangat. Cukuplah anda fokus hanya beberapa produk (sedikit) ataupun satu produk sahaja. Hal ini dikatakan kerana menawarkan satu produk lebih meningkatkan penjualan kita secara online.
sebab…..
kita lebih fous dan tumpu pada satu produk sahaja. Setiap keraguan dari pelanggan dapat kita perjelaskan dengan lebih terperinci.
2- Headline yang menawarkan faedah
Headline adalah watak utama dalam mempromosikan sesuatu produk baik secara online ataupun tidak. Kata orang jika kita ada RM 1, maka laburkanlah 80 sen anda pada headline.
Headline yang menentukan pembaca untuk mengetahui lebih lanjut ataupun tidak pada sesuatu produk. Maka pentingnya headline dalam melariskan produk!!!
3- Imej yang menarik
Memandangkan teknologi sekarang TERLAJAKKK canggih sangat, jadi elok lah kita masukkan juga imej yang menarik dalam produk jualan kita.
Imej juga dapat membantu dalam mempromosikan jualan produk kita. Jadi, manfaatkanlah dunia teknologi yang seba serbi lengkap ini.
4- Promosi tanpa sempadan (like crazy)
Jangan jadikan Home Page anda macam ‘mati segan hidup tidak mahu’ bagi mereka yang bercita-cita untuk menjadi usahawan online yer.
Seboleh-bolehnya anda pautkan link anda pada saluran yang lain juga misalnya website, instagram dan banyak lagi. Semua ini perlu berkolaborasi untuk meningkatkan jualan anda.
Ini bermakna pelanggan boleh mencari sesuatu produk dengan pantas dan efektif.
5- Peribadi.
Pastikan anda menghargai pelanggan anda. Yelah, orang hargai kita, sape tak suka kan. Pastikan pelanggan selesa dengan perkhidmatan yang kita berikan, tapi….
jangan terlalu berlebih-lebihan. Ini akan menyebabkan pelanggan rasa menyampah. Apatah lagi kalalu kita jenis paksa-memaksa.
P/S: Nak lagi 2 tips? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply