Nota Editor: Artikel ini ditulis oleh Bantu Team untuk blog mereka, blogspace.bantu.my. Bantu.my merupakan platform jual beli online untuk khidmat atau skil berkaitan bisnes, teknologi & rekaan kreatif.
Instagram merupakan antara aplikasi media sosial yang paling hangat ketika ini. Di seluruh dunia, hampir 400 juta orang menggunakan aplikasi ini (jumlah naik dari 300 juta pada tahun 2014!). Selain dari golongan muda, penggunaan Instagram juga didominasi oleh selebriti dan usahawan/perniagaan kecil.
Antara tarikan selain berkongsi gambar, aplikasi Instagram direka untuk penggunaan yang sangat mudah. Contohnya, sebarang updates dari akaun yang anda ikuti akan muncul secara teratur dan automatik mengikut waktu muat naik.
Fungsi-fungsi dalam alplikasi ini juga sangat mudah dan ringkas seperti fungsi crop gambar dan memilih filter untuk gambar tersebut.
Namun disebalik keringkasan dan penggunaan yang mudah, Instagram sebenarnya mempunyai fungsi-fungsi dalam aplikasi yang tidak diketahui ramai. Fungsi-fungsi ini mampu meningkatkan lagi pengalaman keseluruhan pengguna aplikasi ini.
Di sini kami kongsi antara 7 fungsi dalam Instagram yang tidak diketahui ramai:
1. Anda Boleh Menyembunyikan Fungsi Filter Jika Tidak Digunakan
Photo filter merupakan antara fungsi asas Instagram yang terkenal. Namun, bagi pengguna-pengguna Instagram yang agak advanced, aplikasi luaran lebih digemari untuk tujuan meng-edit gambar.
Jika anda merasakan fungsi photo filter ini tidak digunakan, anda sebenarnya mempunyai pilihan untuk menyembunyikannya. Sebelum memuat naik gambar, fungsi ini akan muncul dan anda hanya perlu pergi ke hujung pilihan filter dan menekan butang manage.
Dari sini anda mempunyai pilihan untuk menyembunyikan filter yang tidak dikehendaki.
2. Sembunyikan Gambar Yang Orang Lain Tag Diri Anda Dari Akaun Anda
Sesetengah dari anda gemar mengemaskini akaun Instagram anda dan hanya memastikan gambar-gambar yang baik dan berkenaan dengan anda sahaja boleh di-tag.
Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai akaun perniagaan di Instagram, anda tidak mahu spammers untuk meng-tag anda kemudian iklan/gambar tersebut akan muncul di akaun anda untuk tatapan umum.
Anda hanya perlu pergi ke gambar yang di-tag, tekan gambar tersebut dan tekan pada nama akaun anda yang muncul. Pilihan ‘Photo of You‘ akan muncul dan anda boleh memilih untuk menyembunyikan gambar tersebut dari akaun anda. Pilihan ‘Photo of You‘ juga ada di muka depan akaun anda.
3. Lihat Gambar-Gambar Yang Rakan Anda Like
Pernahkah anda terfikir untuk mengetahui apakah jenis gambar yang kenalan anda suka?
Kadangkala juga anda mahu melihat gambar-gambar yang rakan anda like. Untuk melihat gambar-gambar tersebut, anda hanya perlu pergi ke bahagian activity dan tekan tab following.
Di sini anda boleh melihat aktiviti-aktiviti kenalan anda dan akaun yang anda ikuti.
4. Melihat Semula Gambar Yang Anda Pernah Like
Untuk mencari kembali gambar yang anda pernahlike merupakan tugasan yang boleh menjadi mencabar. Ini kerana anda perlu scroll jauh ke bawah hanya untuk melihat kembali gambar tersebut.
Sebenarnya, Instagram mempunyai fungsi tersembunyi yang boleh menyelesaikan masalah ini. Anda hanya perlu pergi ke muka utama akaun anda dan tekan pada setting yang terletak di penjuru kanan di bahagian atas skrin.
Cari tab ‘Posts You’ve Liked‘ dan tekan tab tersebut untuk melihat semula koleksi gambar atau video yang pernah anda like sebelum ini.
5. Dapatkan Notis Apabila Akaun Kegemaran Anda Memuat Naik Gambar Baru
Semua pengguna-pengguna Instagram yang aktif mempunyai akaun-akaun kegemaran mereka. Kadangkala akaun tersebut boleh menjadi obsesi anda kerana gambar-gambar yang dikongsi di akaun tersebut sangat menarik.
Namun untuk sentiasa mencari akaun kegemaran anda dan melihat jika ada sebarang gambar baru yang dimuat naik boleh menjadi satu benda yang agak leceh. Instagram telah menyediakan satu fungsi untuk anda iaitu anda boleh mendapat notis dari Instagram jika akaun-akaun kegemaran anda memuat naik gambar atau video baru.
Anda hanya perlu pergi ke akaun tersebut dan tekan di penjuru kanan bahagian atas. Kemudian tekan pada tab ‘Turn on Post Notifications‘.
6. Fungsi Direct Messaging Atau Mesej Secara Terus
Instagram Direct merupakan fungsi mesej peribadi dalam Instagram. Namun fungsi ini merupakan fungsi yang paling jarang digunakan oleh pengguna-pengguna aplikasi ini. Dari 400 juta pengguna Instagram, hanya 85 juta sahaja yang pernah menggunakan fungsi ini.
Fungsi ini sebenarnya sangat berguna jika anda mempunyai bisnes di Instagram. Anda boleh menghantar promosi dan iklan terus kepada followers anda.
Anda hanya perlu pergi ke post feed anda dan tekan logo peti surat yang terletak di penjuru kanan bahagian atas skrin.
7. Berkongsi Gambar Bersama Teman Tanpa Dilihat Oleh Orang Lain
Fungsi yang kami kongsi di atas juga boleh digunakan untuk anda menghantar sebarang gambar atau video di Instagram kepada rakan anda tanpa diketahui pemilik akaun tersebut ataupun orang ramai.
Anda hanya perlu pergi ke gambar yang anda mahu kongsi dan tekan pada butang arrow seperti dalam contoh dan pilihan kenalan anda akan muncul.
P/S: Jika anda mahu belajar lebih banyak lagi berkenaan perniagaan dan pemasaran yang efektif secara PERCUMA, sila join channel Telegram di SINI.
Terima kasih atas perkongsian…
Terima kasih tuan Safuan Borhan… Perkongsian yang mencerahkan lagi pemasaran instagram.