Mungkin kita pernah berfikir dan tertanya-tanya bagaimana susatu produk boleh mendapatkan income double ganda walhal memiliki manfaat dan kelebihan produk yang hampir sama saja.
Ada pulak itu, pelanggan sanggup beli produk dengan harga yang mahal walaupun terdapat produk yang memiliki dengan harga murah. Jom kita study balik, bagaimana untuk dapatkan double income dalam perniagaan kita.
1.Memberi jaminan
Produk yang memiliki warranty atau jaminan telah menjadikan mind set dalam pemikiran kita bahawa produk yang memiliki jaminan adalah datang dari produk yang berkualiti.
Berikan jaminan selama waktu sekian-sekian dengan jaminan wang anda dikembalikan dua kali ganda atau mendapat ganti rugi yang setimpal kepada pelanggan anda. Berikut adalah contoh yang kita boleh tarik perhatian pelanggan kita.
Dengan cara ini pelanggan akan lebih yakin dan dengan produk kita dan sekaligus lebih yakin dengan kita.
2.Bonus tambahan
“Jika kita ingin dihargai, maka hargailah orang lain terlebih dahulu, Jika kita ingin diberi maka kita harus memberi terlebih dahulu”. Prinsip ini boleh kita aplikasikan dalam bisnes kita. Semua orang akan jadi teruja bila mendengar perkatann BONUS!!!
Justeru berilah bonus kepada pelanggan kita yang senantiasa membeli produk kita. Menurut psikologi, cara ini cepat untuk membuatkan seseorang ingat pada layanan dan juga produk kita. Disamping itu, cara ini juga dapat membantu kita menjalinkan hubungan mesra dan positif anatara kita dengan pelanggan
3.Testimoni
Kita lebih yakin dengan sesuatu perkara apabila adanya bukti di hadapan kita bukan. Barulah keraguan itu dapat di tendang dalam diri kita. Oleh itu, sangat penting kita mempromosi produk dengan adanya testimoni kerana testimoni merupakan pengalaman pelanggan yang telah menggunakan produk kita.
PERINGATAN!!!
Gunakanlah testimoni yang sebenar-benarnya okay. Sebaik-baiknya testimoni itu menceritakan pengalaman dia menggunakan produk kita.
4. Promosi fungsi produk secara optimum
Ketahuilah orang ramai tidak memberi sesuatu produk kerana warnanya. Pelanggan membeli produk kerana dapat menyelesaikan masalah mereka.
Oleh itu, optimumkan sebaik-baiknya fungsi dan kegunaan produk kita kepada orang ramai. Beritahu mereka kelebihan dan keistmewaan yang ada pada produk kita dimana tidak dapat didapati di produk-produk yang lain.
5. Naikkan harga produk.
“Mahalnya produk ini, mesti bagus kualitinya”. Hakikat sebenar, mind set orang kita memang dah macam tu. Kita sangkakan produk yang mahal pasti dibuat daripada bahan yang berkualiti.
Kalau beli produk berkualiti, rasa nak melabur duit tu pun sejuk je hati kan sebab memberi manfaat kepada kita. Tapi..
Sekiranya kita, jual harga mahal tapi tidak ada kualiti, kita bukan saja hilang pelanggan dan duit, malah kepercayaan dari orang lain pun sudah tidak ada.
6. Permudahkan urusan jual beli
Kalau pembeli membeli di kedai tidak apa sebab mudah urusan. Kalau pelanggan jenis yang suka ambil order jer memang kena tip top perkhidmatan kita.
Sebaik-baiknya permudahkan urusan jual beli mereka. Kalau asyik ada masalah dalam urusan jual beli, pasti pelanggan kita sudah malas nak berurusan dengankita. Yang dinamakan manusia, semuanya suka buat urusan dengan mudah bukan..
Diharapkan tips ini dapat memberi double income pada anda, saya dan kita semua. Selamat mencuba dan maju jaya!!
p/s: Ingin belajar dan memajukan lagi perniagaan anda? Dapatkan maklumat dan perkongsian secara PERCUMA di channel Telegram Safuan Borhan di SINI.
Leave a Reply