SAFUAN BORHAN

Most en·gag·ing Internet Marketer In Malaysia

  • HOME

6 Tips Menawan Hati Pelanggan

February 4, 2016 by Safuan Borhan 2 Comments

Tak kenal maka tak cinta. Sememangnya bukan mudah untuk membuatkan seseorang yang tak dikenali suka kepada anda. Lebih-lebih lagi jika matlamat akhir anda adalah untuk menjual sesuatu kepadanya. Namun, ianya tidak mustahil jika betul pendekatan yang anda gunakan. Percayalah, seni memikat hati pelanggan adalah seni yang boleh dipelajari dan sentiasa boleh diperbaiki.

Jom ikuti 6 tips mudah bagaimana menawan hati prospek supaya mereka menjadi pelanggan setia anda.

 

Mulakan Dengan Memberi Terlebih Dahulu

Penyakit orang kita ni susah sangat nak memberi. Tengok, berapa ramai orang kita yang liat nak bayar zakat atau beri sedekah. Asyik nak menerima je. Jangan kedekut sangat.

Dalam kes bisnes online, buat ads semata-mata untuk menjual. Nak ambil duit je dari pelanggan. Tak patut… Mereka sering abaikan aspek memberi dahulu kepada bakal pelanggan mereka. Sebaiknya, berikan sesuatu terlebih dahulu. Hadiah, informasi atau khidmat nasihat yang ikhlas adalah antara perkara percuma yang anda boleh beri terlebih dahulu kepada prospek anda.

 

Buat Prospek Rasa Selamat

Lebih banyak komitmen dan konsistensi yang pelanggan dan anda lakukan bersama, lebih besar peluang untuk anda menjalinkan hubungan jangka panjang dengan mereka. Ini penting bagi meningkatkan repeat-order dari mereka. Matlamat kita bukan hanya sekali pembelian saja, tetapi pembelian ulangan yang berterusan. Yakinkan mereka bahawa anda adalah individu yang boleh dipercayai. Tunjukkan bukti-bukti transaksi berjaya antara anda dan pembeli sebelum ini. Ini penting bagi membuatkan prospek berasa selamat untuk berurusan dengan anda. Sekarang ni terlalu banyak scam, jadi jangan salahkan mereka jika mereka masih takut-takut untuk mempercayai anda.

 

Cerita Yang Membangkitkan Emosi Pelanggan

Sudah menjadi lumrah manusia, suka bercerita dan mendengar cerita. Sebab itu ramai yang suka bergosip. Sebab manusia tertarik kepada cerita. Tambahan pula jika cerita itu ada kaitan dengan persekitaran dirinya.

Jadi, dalam bisnes, anda boleh menceritakan kisah atau pengalaman orang lain yang telah menggunakan produk atau servis anda. Tunjukkan result, ceritakan bagaimana pengalaman pelanggan anda sebelum ini. Ceritakan setiap bibit-bibit perkataan itu dengan penuh emosi. Pasti tersentuh emosi pelanggan anda.

 

tawan hati pelanggan

 

Autoriti

Jika produk anda pernah memenangi award atau pengiktirafan dari mana-mana agensi bertauliah, itu sangat bagus. Semua sijil dan autoriti tersebut mampu menjadi senjata anda dalam mencairkan perasaan skeptikal dan tidak selamat terhadap produk anda. Gunakan ia secara bijak.

 

Testimoni

Testimoni positif yang dialami oleh pelanggan sebelum ini perlu dikongsikan kepada prospek anda. Ia terbukti dapat meningkatkan keyakinan prospek terhadap produk anda. Anda tak perlu cakap banyak. Biar testimoni yang berbicara.

 

Duit VS Masa

“Manusia sangat takut pada dua perkara ini: Duit dan masa” – Dan Kenndey. Letakkan masa terhad untuk prospek dapatkan sesuatu. Ini dipanggil urgency. Jangan kata sebegini kepada prospek anda, “Sis, promosi ni sampai kiamat pun ada lagi“. Memang sampai kiamat lah dia tak kan membeli.

Letakkan harga yang terhad untuk sekian tempoh yang terhad. Tengoklah nanti, menggelepar tak senang duduk jadinya prospek anda. Mereka risau. Risau mereka akan rugi kerana tak dapatkan produk anda pada harga istimewa. Teknik ini ternyata berkesan menukar prospek anda menjadi pembeli.

Cubalah!

 

P/S: Saya ada sediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara percuma di SINI.

 

(Visited 3,005 times, 6 visits today)

Filed Under: Uncategorized

Comments

  1. Rahman says

    February 7, 2016 at 12:08 PM

    Info yang bagus.

    Reply
  2. Emjay says

    February 18, 2016 at 9:48 AM

    Paparan yang bersih dan tak serabut. Adsense you taruk satu jer 300 x 600 naper tak taruk lebih. Mesti ada sea-seba tertentu, kan?

    Tarik emosi pelanggan tu… wooo itu banyak seni wo. Tapi you worang sudah mannyak terror maa.

    Ada senang datang lawat tengok post saya pula… tapi selalu saya tulis panjang2 mungkin orang tak suka.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Artikel Popular Safuan Borhan

  • 4 Teknik Pemasaran Offline Mudah
  • 5 Cara Kreatif Menghargai Pelanggan Anda
  • 5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek
  • 4 Cara Menghargai Pekerja Anda
  • 5 Langkah Menghasilkan Copywriting Berkesan

Copyright © 2025 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in