SAFUAN BORHAN

Most en·gag·ing Internet Marketer In Malaysia

  • HOME

6 Teknik Hadapi Bantahan Daripada Prospek

March 30, 2016 by Safuan Borhan Leave a Comment

Bantahan.

Itu perkara biasa di dalam perniagaan. Sebagai seorang peniaga, kita seharusnya sudah lali dengan bantahan yang diberikan oleh prospek.

Terserah kepada kita pula bagaimana ‘menjinakkan’ prospek yang agak ‘liar’ memberi 1001 bantahan itu menjadi pelanggan kita.

Jom baca 6 tips yang saya kongsikan untuk bagaimana menghadapi rejection daripada prospek yang tersayang.

teknik hadapi bantahan

1. Bersyukur

Ucapkan terima kasih kepada prospek itu kerana menunjukkan anda kelemahan yang boleh anda perbaiki kelak.

2. Menjiwai perasaan prospek

Cuba selami masalah prospek, tunjukkan yang anda benar-benar faham apa yang sedang dia alami.

3. Terokai Permasalahan Prospek

Cuba cari punca sebenar kenapa prospek teragak-agak untuk membeli dari anda. Banyakkan bertanya “kenapa” kepada prospek anda.

4. Bertanya dan membuat kepastian

Bila dah dapat kenalpasti punca sebenar kenapa dia tidak membeli, anda tanya dengan lebih lanjut perihal masalah itu. Tanya sampai anda betul-betul faham apa yang penting baginya.

5. Tunjukkan nilai yang ada pada anda

Biar prospek jelas dengan nilai yang anda tawarkan kepada dia. Ini untuk mengukuhkan lagi hubungan anda dengan dia.

6. Tunjuk bukti atau testimoni dari pelanggan sebelum ni

Tunjukkan kepada prospek anda keberkesanan atau pelanggan yang berpuas hati dengan produk/servis anda. Beritahu prospek anda apa yang dia rugi andai melepaskan tawaran anda.

 

p/s: Suka dengan 6 tips ini? Jom follow channel Telegram Safuan Borhan di SINI untuk belajar lebih banyak tips bisnes dan marketing.

(Visited 375 times, 1 visits today)

Filed Under: Tips

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Artikel Popular Safuan Borhan

  • 4 Teknik Pemasaran Offline Mudah
  • 5 Cara Kreatif Menghargai Pelanggan Anda
  • 5 Teknik Berkesan Untuk Follow Up Prospek
  • 4 Cara Menghargai Pekerja Anda
  • 5 Langkah Menghasilkan Copywriting Berkesan

Copyright © 2025 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in