“Anda bercita-cita nak jadi usahawan?”
“Dah bersedia fizikal dan metal?”
Berikut merupakan 6 soalan yang perlu anda fikir-fikirkan sebelum melibatkan diri dalam bidang perniagaan.
1. Adakah anda seorang entrepreneur?
Persoalan ini merupakan soalan wajib untuk kita jawab sebelum untuk terus ke langkah seterusnya. Ramai yang mengatakan dia yakin dia boleh laksanakan tapi berapa ramai pula yang tersungkur di tengah jalan.
Oleh itu, berfikir sematang-matangnya sebelum kita nak terjun dalam bidang ini kerana bidang ini memerlukan kekuatan fizikal dan juga mental di mana banyak persediaan yang mesti dilakukan untuk menjadi seorang entrepreneur.
2. Adakah anda menguasai bisnes yang bakal dijalankan?
Sekiranya kita mengetahui setiap aspek secara terperinci mengenai bidang ini dan juga bisnes yang bakal kita jalankan, kemungkinan besar kita berada di laluan yan tepat.
Tapi sekiranya, kita tidak mampu untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh orang ramai kepada kita dan tidak berasa yakin dengan jawapan kita, maka ini menunjukkan kita tidak bersedia lagi untuk menceburi bidang ini lagi.
Oleh itu fikirkanlah sebaik-baiknya sebelum mengambil kata putus.
3. Adakah anda sanggup menolak pekerjaan dengan gaji yang tinggi demi melakukan hal ini?
Sekiranya YA, anda memang minat dalam bisnes tetapi sekiranya jawapan anda TIDAK maka lebih baik anda ceburkan diri dalam bidang yang lain.
Ini kerana bidang ini ada pasang surutnya dan bergantung juga pada perkembangan ekonomi.
4. Adakah anda mempunyai kewangan yang mencukupi?
Adakah anda mempunyai modal yang cukup untuk memulakan bisnes? Atau adakah anda kenal mana-mana pelabur yang boleh membantu anda untuk menjalankan bisnes anda?
Sekiranya jawapan anda adalah tidak, maka kemungkinan besar untuk mendapatkan dana atau pinjaman adalah sangat susah.
5. Adakah ini bisnes pertama anda?
Sanggupkah anda menempah kegagalan? Memang kita selalu terbaca ramai yang gagal sebelum berjaya. Tapi sekiranya anda asyik jatuh, jatuh dan tersungkur, adakah anda masih sanggup bertahan?
Sekiranya YA, anda telah menyiapkan mental untuk menghadapi sebarang kesulitan seperti kegagalan dan masalah kewangan
6. Bekerja dengan partner atau bekerja sendiri?
Persoalan di atas tidak mempunyai jawapan betul atau salah. Hal ini bergantung pada diri sendiri. Sekiranya bekerja dengan partner, keuntungan dibagi sama rata 50/50.
Kesepakatan pembelian atau penjualan dalam perjanjian adalah sangat penting untuk mencegah dengan cara yang bijak kerana semua orang boleh berubah.
Mungkin juga anda yang akhirnya akan berubah yang ingin keluar dari partnership dan memulai startup lain? Jadi buatlah pilihan yang bijak.
6. Apa yang anda inginkan?
Adakah anda melakukan bisnes hanya kerana trend? Atau anda ingin membangunkan syarikat besar dan ingin keluar di majalah-majalah terkenal? Atau anda ingin kumpul wang dan harta yang banyak dalam hidup ini?
Sekiranya impian anda tercapai, apa yang akan anda lakukan lagi?
Jujurlah pada diri anda, apa yang anda inginkan dalam bisnes yang akan anda jalankan. Letakkanlah matlamat dan objektif dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup ini.
Tekad, kepandaian, dan kerja keras boleh mengalahkan kesusahan atau kesulitan tersebut. Namun lebih baik lagi apabila anda memperhitungkan kesusahan-kesusahan tersebut sebelum memulai dan terjun dalam bidang ini.
Oleh itu, fikir, fikir dan fikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan supaya masa, wang dan tenaga kita tidak digunakan dengan sia-sia!!
P/S: Tertarik dengan penulisan ini? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply