Sudah menjadi lumrah setiap manusia pasti tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Usahawan yang hebat adalah mereka yang tidak pernah putus asa walaupun pelbagai halangan terpaksa diharungi.. Mereka teguh membelah badai itu biarpun beribu cabaran datang menduga. Namun, usahawan yang ‘smart’ adalah mereka yang belajar daripada kesilapan orang lain.
Di sini saya bincangkan 6 kesalahan umum yang sering dilakukan oleh usahawan yang baru menceburi dunia perniagaan.
1- Terlalu umum dalam pemilihan niche bisnes. Terlalu banyak niche bisnes yang boleh anda ceburi. Tepuk dada, tanya selera yang mana kecenderungan anda. Tiada niche yang boleh saya klasifikasikan sebagai yang terbaik. Cuma nasihat saya, anda pilih dan latih untuk menjadi yang terbaik dalam niche pilihan anda. Jadilah PAKAR. Perasan tak, gaji doktor pakar lebih mahal berbanding doktor umum.
2- Anda sudah ada plan mengembangkan bisnes, sudah berbincang dengan rakan kongsi, sudah mengerah otak memikirkan apa hala tujuan syarikat anda. Bagus! Namun, sayangnya anda tidak membuat sebarang catatan atau rekod yang boleh anda rujuk dan LIHAT setiap hari. Anda WAJIB terjemahkan setiap idea dan perancangan anda di atas kertas. Tulis di tempat yang mudah untuk anda lihat. Ia berfungsi sebagai peringatan kepada anda supaya anda tidak tersasar dari landasan plan anda itu. Tidak kira sama ada plan jangka pendek atau jangka penjang, anda harus tuliskannya di atas kertas.
3- Orang kata, ‘High Risk, High Income’. Betul tu. Lagi besar peluang dan risiko sesebuah idea itu, lagi besar pendapatan yang mampu dijana. Tetapi, tidak semua orang mampu menanggung sesuatu yang besar. Jadi, sebagai seorang usahawan baru, jangan hanya asyik mencari atau menunggu peluang besar sahaja. Sekecil mana peluang yang datang, jangan diperkecilkan. Kaji dan jika bersesuaian, rebut sahaja peluang itu. Sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit.
4- Tidak memaksimumkan penggunaan internet. Adalah menjadi KERUGIAAN besar sekiranya perniagaan anda tidak wujud di alam internet.Paling tidak pun, buat lah ‘fan page’ di Facebook. Kita mahu perniagaan kita mampu dicari orang tanpa perlu bersusah payah. Dengan hanya 1 klik sahaja, mereka sudah tahu perihal perniagaan kita. Walaupun hanya menjual pisang goreng, buat lah ‘fan page’ dan sasarkan penduduk setempat. Pasti lebih ramai yang akan berkunjung ke gerai anda.
5- Salah satu masalah orang kita ni adalah hangat-hangat taik ayam. Awal-awal semangat, semua nak buat. Tetapi, bila ada saja masalah, atau sudah bosan, mula buat kerja secara malas-malasan. Sama juga dalam pemasaran. Pemasaran umpama nadi kepada setiap perniagaan. Tanpa pemasaran, matilah perniagaan itu. Pemasaran ini pulak WAJIB dibuat secara konsisten. Jangan sekejap buat, sekejap tidak buat.
6- Lemah sangat, tak bermotivasi! Orang yang lemah diharamkan menjadi usahawan. Wake up! Berniaga ni bukan macam bercinta. Tidak boleh nak manja-manja. Sebab itu pentingnya anda mempunyai logistik yang hebat, yang sentiasa mendorong anda untuk kekal bermotivasi. Pilih kawan-kawan yang menyokong perniagaan anda, bukan yang asyik nak menjatuhkan anda. Jangan malas untuk luangkan masa pergi seminar atau borak bisnes. Di situ, anda boleh menambah kenalan yang sehaluan dengan anda.
P/S: Saya turut menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI.
Leave a Reply