Melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan perlu menjaga kewangan peribadi menjadi cabaran yang cukup hebat dan berat. Di sini saya suka untuk berkongsi 6 kesalahan yang menjadi kebiasaan, yang dilakukan oleh para usahawan baru.
1. Berhutang
Ini adalah cara mudah untuk dapatkan wang. Disebabkan malas nak fikir panjang dan daripada mengambil jalan yang susah, mengapa tidak manfaatkan jalan yang pantas dan mudah iaitu dengan meminjam wang???
Ini adalah kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan baru yang baru nak terjun dalam bidang bisnes. Kesannya apabila bisnes kita tidak berjaya seperti yang diharapkan maka akan timbul pelbagai masalah kewangan seperti hutang piutang. Lagi teruk, kena kejar dengan Ah Long.
2. Aset bisnes dan personal digabungkan
Menggadai kediaman milik sendiri atau rumah orang tua kita untuk tujuan bisnes. Jangan pernah sesekali kita melakukan perkara sebegini!!!
Sekiranya bisnes kita mengalami masalah, kita seharusnya menggunakan aset bisnes yang boleh digadaikan dan bukannya menjual aset-aset peribadi yang kita miliki.
Jika ditakdirkan bisnes kita tidak mendapat pulangan yang memberangsangkan, sekurang-kurangnya kita masih lagi mempunyai aset peribadi untuk membantu atau menampung kehidupan kita di kemudian hari.
3. Menggunakan kad kredit untuk tujuan bisnes
Penggunaan kad kredit dalam bisnes adalah salah satu risiko dalam perniagaan. Bukan hanya kita membayar pada perkara yang tidak sepatutnya, tapi mencampurkan kewangan bisnes dengan peribadi boleh menjadi satu bebanan dan masalah kepada diri dan juga organisasi.
4. Tidak fikir untuk jangka masa panjang
Jika bisnes yang kita jalankan dalam dua tiga bulan sudah menunjukkan kemajuan, tolonglah jangan terlalu cepat mendabik dada. Jangan over-confident sangat. Ingat, dalam bisnes ni ada pasang surutnya.
Orang kita ni, bila dah nampak bisnes maju sikit, mula lah berangan nak pakai kereta mahal-mahal, pergi makan di hotel-hotel. Mentaliti sebegini sangat bahaya. Kita seharusnya membuat pelan jangka masa panjang dalam setiap keuntungan yang kita dapat supaya bisnes mampu bertahan pada saat-saat kecemasan kelak.
5. Boros yang berlebihan
Untuk kelihatan lebih gah di mata orang ramai, peniaga yang baru nak ‘up’ ni dengan mudah menghabiskan wang simpanan mereka. Mungkin berbelanja lebih dari sepatutnya. Kesannya, wang simpanannya habis sebelum produk habis dijual. Semakin dalam entrepreneur menggali wang simpannannya semakin mereka membawa diri mereka kepada bahaya.
6. Gaji untuk diri sendiri
Ambillah keuntungan perniagaan untuk menggaji diri kita sendiri. Ini penting untuk menampung semua kewangan peribadi kita selepas berhempas pulas menjalankan perniagaan. Sekurang-kurangnya, wang ini dapat dijadikan sebagai wang simpanan jika kita dalam kecemasan.
Tetapi… Berpada-padalah…
Janganlah ambil keuntungan terlalu banyak. Nak bunuh syarikat sendiri namanya tu. Ambillah dengan setimpal berdasarkan kewangan peribadi dan bisnes yang kita jalankan.
Dalam perniagaan, kita perlukan rancangan yang rapi dan ianya adalah untuk jangaka masa yang panjang ketika mana melakukan sesuatu perkara. Dengan itu, kita akan dapat menjangkakan apa yang akan berlaku dan bersedia menghadapi sebarang masalah yang bakal berlaku.
P/S: Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.
Leave a Reply